Bersalin Di Mana?
Tarikh jangkaan bersalin semakin dekat tapi mommy masih tak tahu nak bersalin kat mana? Jangan risau, kakDa tolong senaraikan 6 pilihan tempat bersalin swasta yang ada di sekitar Kota Bharu.
Pilihan Tempat Bersalin Swasta di Kota Bharu.
1. Kota Bharu Medical Center, KBMC Kota Bharu.
Syarat:
Seingat kakDa, syarat untuk membuat tempahan bersalin kat sini, kita kena buat pemeriksaan bulanan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebelum bersalin.
Dulu kakDa buat pemeriksaan bulanan di Klinik TMC dengan Doktor Suzy. Masa tu Dr. Suzy ni adalah doktor jemputan KBMC, jadi kakDa dah tak perlu buat pemeriksaan di KBMC lagi, cukup di TMC saja. Sebab kakDa memang booking Dr.Suzy untuk bersalin nanti.
Tujuan dibuat syarat macam tu supaya doktor yang akan menyambut bayi kita nanti, sekurang-kurangnya tahu kondisi kita macam mana. Kot lah kita ada apa-apa masalah atau penyakit, at least doktor tahu nak standby apa yang patut.
Kos Bersalin Di KBMC:
Dulu-dulu bayarannya dalam seribu lebih je untuk kes bersalin normal. Tapi sejak dah ada gst ni, kalau bersalin normal pun, bilnya adalah sekitar dua ribu lebih. kakDa tau ni pun sebab adik ipar baru lepas bersalin kat sini tahun lepas.
Masa kakDa dulu, baby pertama tu emergency czer. Memandangkan emergency czer bilnya jadi mahal iaitu sekitar 6k lebih. Caj untuk bersalin secara pembedahan dan juga denda kes kecemasan.
Kalau bersalin czer sekarang, bil pasti akan melambung lebih tinggi. Tapi sebelum doktor buat keputusan nak czer, doktor akan tanya dulu, kita setuju atau tidak nak dibedah kat sini. Kalau kita tak nak, KBMC akan hantar ke HUSM.
Walau macammana pun, kalau mommy rasa nak bersalin kat sini, silalah call dulu atau walk in je terus. Senang.
Review Keseluruhan:
Bagi kakDa secara keseluruhannya ok. Lagipun kakDa bersalin dengan Dr.Suzy. kakDa memang suka dengan cara dan layanan Dr.Suzy. Bilik kat KBMC ni boleh tahan. Wad agak selesa dan agak luas. Duduk bilik single. Cuma yang kakDa nak pesan, kalau mommy bercadang untuk fully breastfeeding baby, bagitau sesiap kat nurse.
Dan kalau boleh minta dengan nurse supaya baby dibiarkan duduk sekali dengan kita dalam ward supaya mommy dapat bf kan baby secara kerap. Ini kerana antara langkah-langkah awal untuk menjayakan penyusuan ekslusif susu ibu adalah baby dan ibu kena rooming-in bersama-sama, 24jam sehari.
Kalau kita tak bagitau kat nurse, nurse akan letak baby kita kat nursery. Tempat baby-baby berkumpul beramai-ramai. ^_^
Alamat: PT 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Malaysia | Tel: +609743 3399
2. USAINS HUSM, Kubang Kerian
HUSM Kubang Kerian mempunyai tempat bersalin swasta yang diuruskan oleh USAINS. Kita dibenarkan untuk memilih sendiri doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi kita nanti. Tapi yang tak syoknya, disini tiada doktor pakar wanita. Semuanya lelaki.
Mommy kena tahu, nak bersalin kat USAINS ni, tempat bersalinnya sama je masih guna dewan bersalin HUSM. Yang membezakannya, mommy boleh pilih untuk bersalin dengan doktor pakar dan mendapat ward yang selesa di bangunan lain.
Jadi yang kita dok bayar mahal-mahal tu lebih kepada untuk membayar khidmat doktor pakar dan untuk mendapat bilik yang selesa. Duduk lah dalam tu dengan semua ahli keluarga anda.hehe
Syarat:
Untuk membuat tempahan bersalin, mommy hendaklah membuat pemeriksaan bulanan di USAINS sekurang-kurangnya dua kali sebelum bersalin.
Mommy hendaklah membuat pemeriksaan dengan doktor pakar yang mommy pilih untuk bersalin nanti.
KakDa bersalinkan si kembar dulu dengan Prof Nik Zaki. Doktor Prof. Nik Zaki ni agak berpengalaman dan berusia. Prof Nik juga adalah pensyarah yang pernah mengajar Doktor Suzy (TMC) dulu. Dan kakDa pilih Prof Nik pun atas nasihat Dr.Suzy juga.hehe
Kos Bersalin Di USAINS:
Masa bersalinkan sikembar pada tahun 2014, untuk Elective Czer dan Twins cajnya adalah sebanyak 7K. Masa tu kakDa ada juga tanya berapa kos untuk normal dan 1 baby. Staf USAINS kata 4k.
Awal tahun haritu, sepupu suami kakDa bersalin kat USAINS secara pembedahan. Dia dicaj sebanyak 7k juga untuk single baby. Mungkin juga sebab gst jadi harga dah lain.
Nak tahu lebih details, sila ke kaunter USAINS dan tanya staf sendiri.hehe..
Untuk caj pemeriksaan bulanan pula, bagi kakDa ianya agak mahal berbanding klinik swasta yang lain. Bil kakDa biasanya hampir Rm200 tanpa ubat. Kalau kat TMC biasanya hanya RM90 juga tanpa ubat.
Reviu Keseluruhan:
Melainkan doktor lelaki, yang lain semua ok! Alangkah bagusnya kalau ada doktor pakar wanita kat sini.
Biliknya luas, tandas pun luas dan selesa. Berbanding KBMC memang bilik kat sini jauh lebih luas. Cuma satu yang kakDa tak selesa, lampu siling bilik kakDa betul-betul duk atas katil, tak boleh tutup. Alahai.. silaunya. Kalau suis lampu tu ditutup, lampu lain pun semua tutup.
Taktau lah kalau kebetulan bilik kakDa je yang macam tu bilik lain tak. Cuma tang tu memang tak sedap duduk. Redha je lah..
Oh ya lagi satu, kat sini details baby macam tak berapa lengkap. Masa bersalin kat KBMC, jenis darah baby kita boleh tau. Dorang terus cek dan rekod dalam buku baby. Kat USAINS ni tak bagitau pulak. Takde tulis pun kat buku.
Pengalaman kakDa Bersalin Kembar Di Usains, Kubang Kerian
Alamat: University Sains Malaysia,, Health Campus, Kubang Kerian,, 16150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | Tel: +60 9-766 6200
3. Klinik An Nur Pusat Bersalin Kubang Kerian.
KakDa takda pengalaman bersalin kat sini. Tapi dengar kata ramai yang gemar bersalin di sini disebabkan oleh doktornya yang hebat. Biras kakDa juga dah 2x bersalin kat sini.
Pusat Bersalin An-Nur ni tak akan ambil ibu yang ada masalah kesihatan. Ini kerana disini tiada peralatan yang mencukupi. Dibimbangi jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Klinik An-Nur tidak mempunyai kepakaran untuk membuat pembedahan.
Syarat:
Memandangkan kakDa tak pernah bersalin kat sini, tapi rasanya syarat mesti sama dengan hospital lain iaitu sekurang-kurangnya ada membuat pemeriksaan bulanan.
Kos Bersalin Di An-Nur:
Menurut rakan-rakan dan saudara-mara yang sokmo bersalin kat sini, harganya cuma seribu lebih. Yang terbaru ni tak sure. Sebab haritu An-Nur ada kes. Tak boleh ambik kes bersalin.
Adik ipar sepatutnya nak bersalin kat sini, tapi memandangkan tak boleh, dia bersalin kat KBMC. Kalau adik ipar dapat bersalin kat sini haritu, tau lah juga berapa harga sekarang.
Reviu Keseluruhan:
Kat sini tiada disediakan ward. Yang ada hanya bilik berehat. Lepas bersalin, tunggu 2 3 jam then kena balik rumah. Majoriti ramai yang suka bersalin kat sini disebabkan doktornya memang terbaik ala-ala bidan!
Alamat: Lot 3070B, Lorong CiKampungu Hamid, Off Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kota Bharu, Malaysia | Telefon: +60 9-764 2994
4. Pusat Perubatan An-Nisa
KakDa tak pernah bersalin kat sini. Tapi ada sorang kawan kakDa memang bersalin sini sokmo.
Dengar khabar baru-baru ni, kat An-Nisa dah takde doktor wanita. Entah betul atau tidak. kakDa pun tak call untuk pastikan sebab takda nak beranak lagi nih.hehe
Syarat:
Memandangkan kakDa tak pernah bersalin kat sini, tapi rasanya syarat mesti sama dengan hospital lain iaitu sekurang-kurangnya ada membuat pemeriksaan bulanan.
Kos Bersalin Di An-Nisa:
Kos bersalin di An-Nisa juga seribu lebih yang basic. Kat sini ada alatan pembedahan. Jadi kalau terpaksa dibedah, boleh je. Cuma kos dia kakDa taktau. Nanti mommy cek sendiri ya. ^_^
Reviu Keseluruhan:
Dari cerita yang kawan kakDa kongsikan, macam ok juga bersalin kat sini. Dia kata selain Doktor Ros, ada seorang bidan yang berpengalaman, boleh sambut baby. Katanya lagi, kalau kebetulan kita terbersalin sebelum due dan doktor takdak, maka mak bidan itulah yang akan sambut baby kita.
Kawan kakDa tu asyik pilih bersalin kat sini. Anak ke-3 dia sepatutnya dia booking sini juga, tp takde rezeki, baby meninggal dalam perut masa nak masuk 5 bulan. Dan proses keluarkan baby ke-3 dia pun dia buat kat sini.
Maksudnya An-Nisa ni ok la kan? ^_^
Alamat: Pusat Perubatan An-Nisa', Jalan Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. | Telefon : +609-7414444
5. KPJ Perdana Kota Bharu
KPJ ni kalau kira agak jauh dari rumah kakDa. Kalau anak warded pun, rasa malas sangat nak duduk sini. KakDa lagi prefer duduk KBMC. Dekat sikit.
Syarat:
kakDa tak pernah ambik tahu syarat nak bersalin kat KPJ ni. Tapi rasanya konsepnya still sama dengan hospital lain iaitu sekurang-kurangnya ada membuat pemeriksaan bulanan walaupun cuma sekali.
Tujuannya tak lain tak bukan sebab doktor nak tahu history kita.
Kos Bersalin Di KPJ Perdana:
Dulu masa 2010, kakDa pernah tanya agen insuran kakDa. Dia staf KPJ. So tanyalah dia lebih kurang. Dia kata bersalin normal kalau tak silap kakDa 4k. Kalau bedah dekat 10k!
Mak aiiiii!!hahah..
Ok itu dulu tau, masa 2010. Kalau 2016 ni tak tau la kakDa. Kalau mommy nak tahu, mommy call KPJ ya! ^_^
Reviu Keseluruhan:
Nak reviu pun taktau. Kawan kakDa yang agen insuran tu memang beranak KPJ sokmo, mungkin sebab boleh less ataupun free kaa, tak tau lah.
KakDa pernah masuk bilik single untuk kanak-kanak. Bagi kakDa agak sempit. Luas KBMC lagi. Tapi kalau bilik untuk ibu bersalin, manatau lebih luas. Kalau bole nak yang luas la kan. Padan dengan harga! ^_^
Alamat: Lot PT 37 & 600, Seksyen 14, Jalan Bayam, Kota Bharu, 15200, Kota Bharu, Kelantan, 15200, Malaysia | Telefon: +60 9-745 8000
6. TMC, Telipot Medical Centre
Hospital ni tak wujud lagi tau. TMC ni sebenarnya klinik Dr. Suzy Pakar O&G dan Dr.Zam Pakar Kanak-kanak. Tapi tak sure juga siapa pemilik sebenar. Sebab kakDa pun tak pernah tanya secara direct kepada Dr.Suzy.
Sebenarnya kakDa dah lama tunggu hospital TMC siap. Dulu masa kakDa check up sikembar pada tahun 2013, Dr.Suzy kata hospital dalam construction dan dianggarkan siap sekitar pertengahan tahun 2014.
Tambahan pula masa tu Dr.Suzy dah tak jadi doktor jemputan KBMC. kakDa ingat nak bersalin sikembar dengan dia. Yelah sebab dah selesa dengan Dr.Suzy, 2x dah kot bersalin dengan dia.
Atas nasihat Dr.Suzy juga lah kakDa ke USains berbanding KBMC masa nak bersalinkan si kembar. Dr.Suzy suruh refer pada Prof Nik. Kat USAINS ada 2 doktor pakar O&G nama Nik. Sorang Prof.Nik Zaki agak berumur , sorang lagi Dr. Nik Zuky masih muda dan hensem orangnya.
Bila hospital TMC tu siap nanti, Klinik TMC yang sedia ni akan ditutup. Semua akan pindah kat bangunan baru tu. Tapi sekarang dah 2016. Nak masuk 2017 dah pun.
Bangunan TMC yang baru berdekatan dengan Tadika Qdees Jalan Telipot. kakDa perati bangunan nampak dah siap, tapi mungkin belum start beroperasi lagi. Tak tau la status dia lagu mano.
Hopefully mengandung kali ke 4 nanti dapat lah bersalin kat sana. ohh..i rindu Dr.Suzy! ^_^
Itu saja perkongsian dari kakDa. Mohon maaf, mungkin terdapat maklumat yang salah. Niat utama cuma nak bagitau pilihan-pilihan tempat bersalin swasta yang ada di Kota Bharu.
Dan biasanya kalau tempat berbayar suami atau mak atau mak mertua boleh teman kalau bersalin normal. Sorang je boleh. Kalau bersalin czer tak sure pula.
Tapi kakDa dua kali dah czer, sekali kat KBMC, sekali kat USAINS, tak boleh teman. Kalau pun boleh rasanya takde yang sanggup masuk tengok perut kita kena potong. T__T.
Okay lah. Selamat bersalin mommies! kakDa doakan agar semuanya selamat dan baik-baik saja.Aminnn..
kat kpj kalau elective czer 10k, klu emergency mlm jd 12k lebih. huhu
ReplyDeleteadududu.. rabak poket!!haha
ReplyDeleteSalam kak da, tmc tu , dr suzy hok kakda mention tu akei jd consultation situ ko? Bilo agak2 bukok eh kakda? Xtry tnyo ko?
ReplyDeletewslm ika..
ReplyDeletedr suzy tak jadi join sekali dengan TMC. Hospital TMC tu rasanya buko doh. kakda pun tak rajin g lagih tu. Klinik dr suzy masih duk situ lagi. Tempat sedia. Cuma dah tukar nama. Tak guna doh nama TMC. Tapi doktor masih sama. Dan dia masih terima checkup ibu hamil. Cuma dia xleh sambut baby jah.
Salam kak da. Kalau kos bersalin normal dkt husm bkn dgn usains akak tau x brp? Sama ke dgn caj hospital kerajaan? Bertanya utk persediaan..:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam Anis..
ReplyDeleteMaaf, kakda tak sure jugak.hehe..
Tapi rasanya dalam puluh2 saja. Sebab baru ni g melawat kwn bersalin kat HRPZ tak sampai rm100 pun. ^_^
kakda, kt kbmc semua doc prmpuan ke yg sambut?
ReplyDeletehai dik.
ReplyDeleteTak sure la tu. Cuma biasanya kalau kita nak bersalin sana, memang kena set appointment terus kea. So, time tu boleh lah bagitau nak doktor perempuan.
KOS HOSPITAL USM BERSALIN BERAPA RM .....? UNTUK 1 MINGGU KE 2 MJNGGU DUDUK .BILIK MESTI ADA AIRCOND DAN MESTI ADA PENEMAN....
ReplyDeleteSalam En.Razali
ReplyDeleteMaaf. Saya kurang pasti berapa kos bersalin di Hospital USM. Saya cadangkan tuan hubungi pihak USM sendiri untuk bertanyakan harga.
TQ
Klinik annur charge setaraf specialist padahal dikendalikan oleh doktor biasa.. bukan pakar.. midwife agak garang dan berlagak seperti doktor...
ReplyDeleteHehe..
ReplyDeleteSaya pernah p sekali tu ja.
Lain masa saya tak sure servis kat sana macam mana.
Tapi still ramai je yang suka p sana.
Bersalin kat sini tapi tumpah darah yang banyak dan terpaksa ditransfer ke Husm. Klinik bersalin annur yang tiada kelengkapan emergency.
ReplyDeleteSangat menyesal. Ditambah dengan mulut midwife yang macam shit.
Sgt tak suggest utk ke sane. Klinik sgt run down. Kotor. Dinding hanyalah plywood biasa dan langsir. Aircond pon tak servis
Assalam kak da.. sekarang USAINS dah ada 2 pakar doc pmpuan..
ReplyDeletecuma skrg sy dlm dilema samada nak bersalin d USAINS @ KBMC lebih2 lg ni anak 1st..
dari pengalaman kak da, mana yang lagi okay?
Wslm dik.
ReplyDeleteMana-mana pun ok kot. Cuma kalau USAINS, wad dia tu jauh dan dokotr jarang ada sekitar. So kalau kita bersalin dan tak stabil, rasanya dorang tak hntar ke wad Usains sebab payah nak monitor.
hye kak da..sy linn..thnk you untuk sharing yang sangt bermanfaat nie..memang sekarang tgh survey hospital yang sesuai nk bersalin bulan 3 nnti insya Allah..:D...sekadar berkongsi..dua dua kakak sy pun bersalin dengan dr suzy..tapi syg sekrang dr suzy rasenya dah tak boleh sambut baby lagi..tapi tak tahu la sejauh mana sahih cerita tu..hurmm..pepun..thnks kak for the info..doakan saya..:D
ReplyDeleteHai Lynn.. Wah. Tahniah. Mesti tak sabar kan nak tunggu baby lahir.hehe
ReplyDeleteJaga kesihatan mmolek dehh..hehe
Kakda pun tengah pregnant dah masuk 37w.
Pregnant kali ni kakda pilih HUSM je. Sebab rasanya konfem czer gak. So murah la tkyah ambik private.hehe
Kalau condition OK lepas bersalin, baru request Bilik Korporat Usains. So bayar pun tak mahal la.
Sebab just bayar lebih sikit untuk bilik.
Ada dengar gak kes Doc.Suzy.
Bukan rezeki dia.
But walaupun dia dah tak boleh sambut baby,sampai sekarang kalau ada apa-apa kakda still p cari Dr Suzy gak.haha
Anyway thnks sudi drop komen kat sini.