Biasanya jika kita sebut pasal Vitamin C, mesti terfikir untuk cantik je kan?
Sebenarnya selain untuk kecantikan, ada banyak lagi kelebihan lain yang ada dalam vitamin C. Vitamin C merupakan salah satu vitamin asas yang wajib kita ambil setiap hari.
Vitamin C juga turut dikenali sebagai vitamin yang melakukan pelbagai kerja untuk badan.
6 Kepentingan Vitamin C Untuk Badan
1. Sangat baik untuk melawan jangkitan.
Ada orang yang sangat mudah jatuh sakit, tak kisah la batuk, selesma atau demam. Ini adalah disebabkan mereka mempunyai sistem imun tubuh yang sangat rendah.
Bila imun tubuh rendah, maka badan susah nak lawan jangkitan. Orang yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah amat mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit walau hanya batuk dan selesma.
Jadi pastikan anda berusaha untuk tingkatkan sistem imun tubuh dengan mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.
2. Mencantikkan Kulit
Kalau nak kulit yang berseri, cerah dan cantik pastikan makan Vitamin C. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen. Sememangnya dalam tubuh kita dah ada kolagen. Ini kerana tubuh kita memang secara semulajadinya akan menghasilkan kolagen.
Tapi bila usia kita makin meningkat, terutamanya bila dah masuk umur 30an dan keatas (macam kakDa), penghasilan kolagen secara semulajadi akan semakin berkurangan. Sebaliknya akan berlaku kehilangan kolagen lebih kurang 1-4g/sehari.
Sebab tulah kita akan mula nampak garis-garis halus dan kedut sekitar mata. Garis senyum dan garis dahi juga semakin mudah dilihat.
Mengambil produk berasaskan kolagen amat elok untuk mengisi kembali lompong-lompong kolagen yang sudah hilang. Jika anda mengamalkan mana-mana produk kolagen, pastikan anda mengambil bersama-sama dengan vitamin C.
Kerana jika tidak diambil bersama-sama vitamin C, kolagen tidak akan dapat diserap secara optimum ke dalam badan.
Ingat! Vitamin C dan Kolagen adalah bestfriend. Jika makan kolagen tanpa Vitamin C, itu sia-sia. Sebaliknya, jika makan vitamin C tanpa kolagen, kira masih ok sebab badan kita masih mampu untuk hasilkan kolagen dari vitamin C yang kita makan tadi.
Jadi, penting tak untuk makan Vitamin C setiap hari anak-anak? ^_^
3. Membantu Memusnahkan Radikal Bebas
Apa itu Radikal Bebas?
Radikal Bebas adalah salah satu punca utama penuaan kulit. Lebih menakutkan lagi, ianya adalah salah satu penyebab kanser. Radikal Bebas boleh terbentuk melalui beberapa faktor antaranya ialah gaya hidup yang tidak aktif, pemakanan yang tidak sihat, stress dan pencemaran.
Semua perkara diatas boleh menyumbang kepada pembentukan radikal bebas didalam badan.
Vitamin C sangat terkenal sebagai antioksidan. Ia berupaya untuk memusnahkan radikal bebas didalam badan kita. Ia merupakan salah satu dari supplemen yang penting dalam melawan radikal bebas selain vitamin A dan Vitamin E.
Untuk perokok, anda sangat perlu untuk mengambil Vitamin C kerana aktiviti merokok itu sendiri sudah memusnahkan Vitamin C yang ada didalam badan anda.
Satu batang rokok yang anda hisap, boleh memusnahkan sehingga 50-100mg vitamin C dalam tubuh anda.
Persoalannya, berapa batang rokok yang anda hisap setiap hari?
Sama juga bagi anda yang bergaul dengan mereka yang merokok. Suami, rakan sekerja atau ahli keluarga yang merokok akan menjejaskan tahap kesihatan dan turut memusnahkan vitamin C dalam badan anda.
4. Membantu Memperbaiki Tisu Penghubung
Bila sebut pasal tisu penghubung, ia adalah berkaitan dengan kesihatan sendi kita. Ia membantu memperbaiki sel-sel kita termasuk tulang rawan, ligamen dan sebagainya.
Ini menjadikan Vitamin C sebagai salah satu supplemen yang penting untuk membantu mereka yang mengalami masalah Sakit Sendi. Ini disebabkan oleh kebolehan vitamin C untuk membentuk kolagen. Di mana kita sedia maklum, kolagen sangat penting untuk kesihatan sendi , masalah sakit lutut, ligamen terkoyak dan sebagainya.
5. Melindungi Salur Darah
Keupayaan vitamin C sebagai antioksidan membuatkan ia mampu melindungi salur darah kita daripada teroksida. Dalam erti kata lain, salur darah kita akan menjadi lebih anjal dan sihat.
Bila salur darah sihat dan anjal, pengaliran darah di dalam salur darah akan lebih baik. Bila darah mengalir dengan baik, tekanan darah kita juga akan menjadi normal dan sekaligus kita akan lebih sihat. Nampaknya mereka yang mempunyai masalah darah tinggi wajib makan vitamin C!
6. Membantu Penyerapan Zat Besi Dengan Lebih Baik
Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum ke dalam badan. Jika anda ingin memastikan keperluan zat besi anda mencukupi, pastikan anda mengambil tablet zat besi bersama-sama dengan vitamin C.
Terutamanya bagi ibu yang sedang hamil dan mengalami masalah low HB, pastikan anda mengambil vitamin C anda setiap hari. Jangan culas tau!
Silakan share jika anda rasa entry ini bermanfaat. Bersama berkongsi ilmu dan kumpul saham akhirat.
Terimakasih informasinya, Kakda..
ReplyDeleteSalam serumpun dari negeri seberang ;)
Hai suadara Jimmy. Salam kenal.
ReplyDeleteTerima kasih atas sharing kak, sukses terus ya kak :-) Salam kenal dari Ciamis ..:-)
ReplyDeleteArtikel terkait yang mungkin bisa sedikit menambah pengetahaun kita : Multivitamin Stimuno Untuk Anak Balita
Terima kasih saudara Imran.
ReplyDeleteSemoga sukses jugak.