Kandungan Kolagen Dalam Badan.
Secara semulajadinya tubuh manusia memang mempunyai kolagen. Namun seiring dengan peningkatan usia, kolagen juga beransur hilang dari dalam tubuh.
Semasa kita kecil, kandungan kolagen didalam badan sangatlah tinggi. Sebab itulah biasanya kanak-kanak mempunyai kulit yang tegang dan gebu. Mereka juga sangat aktif bermain dan melompat tanpa rasa sakit sendi. Dan ia membuatkan mereka sangat comel dan bertenaga!
Kandungan Kolagen Seiring Usia.
Kandungan kolagen didalam tubuh dapat diperhatikan melalui perubahan pada kulit. Secara puratanya, kandungan kolagen akan berkurangan mengikut peningkatan usia.
Usia 20-an
Pada usia awal 20-an, biasanya kulit kita masih dalam keadaan tegang. Namun jika tidak dijaga dengan baik seperti sering membiarkan kulit terdedah kepada sinaran matahari terus kepada kulit tanpa sebarang UV protection, perlahan-lahan ianya akan memasuki fasa awal penuaan.
Umur 30-an
Ketika memasuki usia 30-an, kolagen mula berkurangan. Viscular tissue akan menjadi sedikit loose dan tidak dapat memegang kolagen dengan baik. Kesannya pada ketika ini garis-garis halus mulai kelihatan. Biasanya garis halus di sekitar kawasan mata dan bibir. Kulit mulai menjadi kusam dan kelihatan tidak bermaya.
Umur 40-an
Kehilangan kolagen semakin banyak. Pada usia ini kita akan nampak berusia. Tanda-tanda penuan juga semakin kelihatan. Lagi banyak berlaku pigmentasi, dark spot, kulit semakin kering dan sensitif. Sendi-sendi juga mulai sakit.
Usia 50-an
Kesan penuaan yang paling ketara. Kandungan kolagen sangat sedikit. Vascular Tissue semakin lemah dan mengecil. Ketika ini kulit semakin kendur dan berkedut. Sendi-sendi terutamanya lutut menjadi sakit dan sukar melakukan pergerakan.
Kolagen bukan sahaja penting untuk kecantikan kulit, malah ianya juga merupakan protein utama yang membentuk dan memegang rangka struktur badan manusia. Ianya terdapat bukan sahaja pada kulit tapi juga terdapat pada rambut, tulang dan sendi.
Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat, memakan makanan yang kaya dengan kolagen juga dapat membantu menambah kolagen dalam badan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri.
Comments
Post a Comment