Pengalaman Bersalin Kembar Di USAINS, HUSM Kubang Kerian

Cerita ni dah lama. kakDa angkut dari blog lama masuk dalam ni pulak. Rugi rasanya kalau tak share. Lagipun ini memori kakDa. Baca balik rasa syok pulak. Kalau diminta ingat balik, memang dah tak ingat. Mujur kakDa buat entry ni dulu tau.haha..

kakDa bersalinkan sikembar pada 17 Mac 2014. Jemput baca..

 

Seminggu sebelum 17hb Mac


Disebabkan dah rasa tak tahan sangat nak menanggung beban, tanpa segan dan silunya jari-jari comel kakDa pantas send wasap kt Prof Nik, doktor pakar yang kakDa dah booking. KakDa bagitau yang kakDa nak surrender awal! Wahh sungguh tak malu kan..hahaaha.. macamni la tindakan luarbiasa kalau dah rasa sakit..huhu

Memang tak malu kalau dah sakit. kakDa wasap prof nik, kakDa tanya

"Prof, boleh tak kalau saya nak surrrender awal. Saya dah tak sanggup dah nak bawak perut ni."



Memang dari awal lagi Prof dah bagitau yang kakDa akan dibedah. Itupun setelah berminggu prof suruh tunggu. Tunggu nak tengok posisi baby. Prof prefer normal. Tapi atas sebab-sebab yang dia saja tahu, Prof decide untuk bedah je.

Prof Nik reply tanya dah week ke berapa (nasib baik prof reply tau, kalau tak malunya..mana nak letak muka time check up nanti kalaulah dia tak reply..hahaha..)..

"week 37 prof.."




"16hb pukul 3 petang g daftar masuk wad. 17hb pagi kita czer.."



Okay..terkedu jap..dalam hati nak je kakDa tanya, Prof tak boleh ke kita czer terus je esok???. Tapi niat nak tanya terkubur camtu je. Takpe..sabarr.. lagi semingguu..sabarr..

 

16hb Mac (Ahad, 3pm), week 38


 

Sampai kat USM kakDa dan suami terus pergi pejabat USAINS. Sebab tak tau nak pegi mana. So tunggu dalam setengah jam lebih, akhirnya di bawak juga masuk wad. Wad menunggu biasa kat HUSM, cuma dia bagi kita duduk dalam satu bilik lain.

Mula2 agak pelik kenapa masuk dalam wad biasa. Takkan lah USAINS bilik dia macam ni je kan. (Yelah kita dah bayar mahal, mestilah kita expect something yang special sikit kan..huhu)

Rupanya bilik ni just bilik sementara sebelum kita deliver baby. Nurse kata wad USAINS jauh, susah doktor nak datang round. Nanti bila semua dah selesai barulah kita dipindahkan ke wad sana.

Cehh..buat I suspen je tau..hahaha.



Okay..layan gambar dulu.

[caption id="attachment_221" align="aligncenter" width="400"] Ujian CTG untuk cek contraction baby. Semua orang kena lalui proses ni. Ada dua graf, sebab ada dua baby. ^^[/caption]

 

[caption id="attachment_219" align="aligncenter" width="400"] Ni hah biliknya. Bilik ni sempit je. Tak sesuai ajak org teman tido. So,malam tu memang tidur sorang.haha..[/caption]

 

[caption id="attachment_222" align="aligncenter" width="375"] Peace!!!haha.. cantik tak rambut ku yg dah diedit?haha.. letih wei buat CTG. Tak ingat dah buat setengah jam atau sejam.huhu..[/caption]

 

[caption id="attachment_220" align="aligncenter" width="400"] Dinner!! Nak czer kita kena puasa 8jam sebelum tu. So malam tu last sekali boleh makan dan minum adalah pada pukul11 malam. Air kosong pun tak boleh ya.[/caption]

 

Malam tu sebenarnya ada hati lagi nak makan pizza. Pizza Hut kan kat depan HUSM je. Tapi suami kakDa tak bagi. Dia pun dah tak datang malam tu. Pagi esok je dia kata.

Lagipun dia kena teman anak-anak kat umah. Abang Yusuff dan Kakak Nuur. Okay. Mama pun nak tidur awal. Sebab nurse dah pesan, esok lepas solat subuh boleh mandi terus.

"Pukul 7 kita standby, siap-siap ready semua sebelum nurse tolak masuk dewan bedah. Pukul 8 mesti dah ada dalam dewan bedah."



huhuhu.. takutnya. Walaupun dah pernah kena czer semasa bersalinkan Yusuff dulu, tapi kakDa masih rasa seram juga.

Anak pertama dulu emergency czer, time tu dah mamai. Tau tak mamai? Hanyuttt..sebab duk sedut oksitoksin ke apa benda yang gas tu.haha.Takpelah. Ada masa nnt I google balik apa benda gas yang nurse kata bole tahan sakit tu.huhu..

 

17hb Mac (Isnin,6.30am)


Sepanjang malam tido tak lena. Takut jugak sebenarnya fikir nak kena czer. Malam tu set alarm siap-siap. Takut terlajak tidur, kan tak pasal-pasal nurse masuk terkejut tak bangun lagi.hehe

Sebelum solat mandi dulu. Lepas siap solat, terus kemas-kemas kain telekung bubuh dalam bag, sebab lepas bersalin memang dah tak boleh solat kan. So kemas siap-siap. Pastu sambung baring atas katil sambil wasap husben tanya nak datang pukul brapa.
Pukul 7am nurse datang masuk bilik bagitau suruh pergi bilik sebelah untuk ready nak ke dewan bedah. Mak aiii..awalnya. Husben pun ntah dah mandi ntah tidak masa ni.huhu. Sempat bagitau husben pukul8 akan start bedah. So, taktau la dia akan sampai masa mana. Yang pasti memang tak dapat jumpa dia sebelum masuk bilik bedah..uwaaa...sedihnya berperang sorang-sorang.T_T

Sekitar pukul 7.30 nurse tolak masuk bilik bedah. Rupa-rupanya pakar bius dah sampai. Awalnya demo ni kijo. Tak ingat lak nama doc tu. Orangnya gempal ala-ala Afdlin Shauki. Baik je. Tapi memang biasanya orang bertubuh gempal baik orangnya. Pok Nik (Prof Nik) masa ni tak sampai lagi. So,nurse buat kerja dan ready apa-apa yg patut.

Dup..dap..dup..dap..dup..dap..



Berdebar-debar jantung kakDa. Doktor bius dah ready nak bius. kakda pilih nak bius separuh badan je macam masa bedah anak pertama dulu. Tapi dalam hati makk aiiii..takutnya. Allah saja yang tahu. Tiba-tiba terfikir cemana kalau bius tu tak menjadi??macam mana kalau doktor salah cucuk??..wahhhh...takutttt.

Tak bius lagi dah seram sejuk badan, takut punya pasal!



Lepass je kena bius...fuuhhhhh, punya main sejuk!! Rasa suhu akon dalam dewan bedah time tu sejuk macam hapa jerr..-7?? -8?? hahah.. terketar-ketar bibir kakDa. Hilang keupayaan nak kawal dah. Takleh nk control mak.hahah..

 

Doktor bius kata memang kita akan rasa sejuk lepas dibius. Oooo..pertama kali dibedah dulu ingatkan suhu acon dalam bilik bedah yang sejuk sangat. Dalam kepala dok fikir mungkin sebab tak nak bakteria merebak.hahah..

Macam mana lah boleh terfikir macam tu ek. Kalau la betul sejuk macam dalam peti ais agak-agak macam mana lah doktor dan nurse nak wat kerja. Agaknya kepala memang dah tak berapa betul mana dah ni.haha

 

Dalam pukul 8.15am Pok Nik start nak belah perutt..adoikkkk..takunyaaa!! Makin kuat ketar bibir mak ni haa.. doktor bius siap tanya lagi.

"kenapa?kenapa?"



daku jawab,

"takut doktor...."



hahah.. doc kata jangan risau..

"in shaa allah semua selamat. Elektif Czer paling selamat dan kurang risiko sebab kita buat pembedahan dalam keadaan rileks..tak sama macam emergency czer. So rileks ya. Banyakkan baca surah al-fatihah."



.. ohhh..tapii daku still takut juga. Selain takut, rasa sejuk pun rasa macam melampau-lampau. Padahal doc siap letak warmer lagi kat dada ni haa..tak cukup panas lagi.still rasa sejuk..penakut rupanya.hahaha..

Setelah berjuang melawan kesejukan dan rasa lapar yang amat, tak lama lepas tu dengar suara baby nangis. Alhamdulillah..selamat dah keluar si kembar mama. Ahmad keluar dulu pukul 8.26am, Muhamad kuar pukul 8.27am. beza seminit je.

Pastu doktor bius tetiba kata,

"laaa..twins rupanya. patut la nampak perut besaarrr semacam."



Alahai doktor tak tau rupanya saya mengandung kembar..huhu..

Proses bedah sebenarnya sekejap je... tak sampai pun 1 jam. rasanya macam dalam setengah jam je kot. Mula belah, keluarkan baby dan jahit balik. Alhamdulillah..
Lepas semua dah cuci bersih, nurse tolak kakDa keluar dari dewan bedah. Tunggulah kat luar tu sambil dua2 baby diletakkan kat kiri dan kanan kakDa. Sambil tunggu nurse dari wad datang ambik untuk ditolak masuk wad balik, sambil tu kakDa start bagi baby menyusu. Sesi suai kenal dengan momo!hehe

 

Nurse bagitau suami puan dah ada kat luar. huhu..Rupanya pukul 8 lagi husben dah ada kat luar. Tak tau pun dia ada.. huhu..
Lepas bedah, kena stay kat wad yang sama dulu untuk tempoh 6 jam. Lepas 6 jam baru lah nurse tolak masuk pi wad USAINS. Masa ni kaki masih rasa kebas sikit. Ubat bius tak habis keluar sepenuhnya lagi..
Rasanya takde dah yg perlu di share. Untuk info, kalau kita bersalin czer biasanya kita akan bemalam di wad dalam 3 atau 4 hari. Ikut situasi dan kesihatan kita dan baby juga. Tapi kebanyakan kes dalam 3hari.

Kos untuk bersalin bedah (yang dirancang) dan kembar Rm7000 cukup2.. Kalau bersalin normal untuk sorang baby Rm4000. Bagi saya untuk kembar 7k agak murah berbanding bersalin kat KPJ, tapi untuk bersalin biasa sorang baby 4k bagi saya agak mahal. Apa2 pun terpulang pada anda untuk bersalin di mana. ^_^..

Jom layan gambar kat wad USAINS pula.

[caption id="attachment_224" align="aligncenter" width="400"] Ruang menunggu di luar wad betul-betul depan bilik kakDa.[/caption]

 

[caption id="attachment_225" align="aligncenter" width="375"] Laluan sepanjang wad[/caption]

 

[caption id="attachment_226" align="aligncenter" width="375"] Pintu masuk bilik No.8[/caption]

 

                                                          Tandas yang luas dan bersih.




[caption id="attachment_229" align="aligncenter" width="375"] Pakar kanak-kanak detect kembar ada kuning. So terus bagi lampu. Takde caj tambahan. Bil masih 7K[/caption]

[caption id="attachment_230" align="aligncenter" width="375"] Ruang sebelah katil yang luas - tido, solat semua kat sini. Kat depan katil ada 2 biji sofa. Tak ingat pula nak snap gambar.[/caption]

 

[caption id="attachment_232" align="aligncenter" width="375"] Kat KBMC dapat 1 beg. Dalam beg ada toiletries, sudu garfu, bedak dan towel mandi. Kat sini bagi berus gigi, ubat gigi dan towel muka je. Takpelah syukur..[/caption]

Okay lah, setakat ni je kot entry ni. Minta maaf gambar tak berapa menarik. Zaman dulu-dulu kakDa tak berapa ada skill nak snap gambar.hehe

kakDa harap entry ini dapat membantu sedikit sebanyak mommy yang nak bersalin kat USAINS. At least dah ada sedikit gambaran suasana wad kat sana kan.. So, boleh la plan nak bawak barang banyak mana. ^^

 

Jangan risau cukup luas untuk 2 3 orang teman tidur. Tandas pun luas dan selesa. Kepala shower jenis petak 4 segi 1kaki x 1kaki tu. Best la nak mandi2.hehe

 

Sebarang pertanyaan boleh tinggal kat komen. KakDa tahu kakda jawab. ^^

Comments

  1. slm kakda,bersalin czer kat usains suami takleh masuk ke?sy baru igt nk pilih usains igt suami boleh masuk!yelaa..byr mhl2 kan..sbb sy pun penakut juga sbnrnya😭😭😂😂

    ReplyDelete
  2. wslm..rasanya x boleh kot. Takut pengsan suami tengok perut kita kena potong.huhu!
    Tapi actually kakda pun tak sure.
    Sebab memang tak tanya pun. Dalam otak duk fikir tak boleh masuk.
    Sbb masa baby 1st dulu kat KBMC pun suami tak masuk.

    Try Fazilla tanya doktor kat Usains tu.
    Kakda memang takdak tanya.
    Sebab suami pun memang takut darah.hehe

    ReplyDelete
  3. Mak saya xbrp sihat.dah dua minggu xmkn.minum susu@air je..kalau compare KPJ,KBMC,USAINS mana lagi murah Dan selesa.kalau ikut kepakaran doktor, sudah tentu USAINS lagi ramai doktor2 pakar.mohon pandangan

    ReplyDelete
  4. Salam takziah.

    Saya tak pasti kalau dari segi kos dan keselesaan. Terpulang pada individu.

    Lagipun saya pernah masuk wad untuk bersalin saja. Untuk kes lain saya tiada pengalaman. Sebaiknya tuan hubungi pihak hospital sendiri. Maaf dari pihak saya kerana tak dapat membantu.

    ReplyDelete
  5. Salam kakda bersalin czer di usains hrga mmg dah tetap ke atau akan ada caj2 tambahan lg nt bila nk byr?mana la tau kan tetiba nk byr dr 7k kena 10k..ada ke cmtu?

    ReplyDelete
  6. Wslm Fa.
    Kakda haritu ambik pakej elekttif czer untuk twins 7k. Amount tu memang amount yg sama dia bagitau masa mula-mula booking.
    Tapi 2nd day tu doc tengok baby macam nak kuning. So dorg provide lampu untuk kedua2 baby.
    Masa discharge tu bil tetap sama 7k.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Nak tanya..
    Kalau bersalin normal berapa anggaran kos?
    Pakej tu termasuk wad sekali ke atau wad tu harga lain?

    ReplyDelete
  8. Wslm. 4k pakej dah termasuk wad.

    ReplyDelete
  9. Maaf tanya masa utk melawat macamana? Ada masa2 tertentu @ bila2 masa... Dan peneman boleh ramai2 ke? Anak2 dan suami?

    ReplyDelete
  10. Salam Puan Lela.
    Wad USAINS adalah wad berbayar. Masa melawat fleksible dan boleh stay dengan family ramai-ramai pun boleh.

    ReplyDelete

Post a Comment