2 Tahun Berkahwin, Tapi Masih Belum Mengandung

Belum mengandung selepas 2 tahun berkahwin.


Jika selepas 2 tahun mendirikan rumahtangga seseorang wanita itu masih belum mampu untuk mengandung, wanita itu dikira sebagai wanita yang mengalami masalah kesuburan.

kakDa ingat lagi 7 tahun yang lepas, sewaktu kakDa mula-mula mendirikan rumahtangga, perasaan kakDa membuak-buak kerana ingin serta-merta mendapat zuriat. Kalau boleh, nak je bunting pelamin.hihi..

Tapi apakan daya, rezeki itu Allah yang tentukan.

Selepas berkahwin, kakDa yang biasanya tiada masalah period semasa masih anak dara dahulu, tiba-tiba mengalami gangguan waktu ovulasi.hahah.. Lintang pukang habis!

Biasanya cantik je 28hari, mesti period punya. Sebab tu lah yakin je, kononnya lepas kahwin mesti senang punya nak lekat. Hello kakDa!! Rezeki anak tu Allah yang tentukan.. kau jangan lupa! Period cantik, konsisten tiap bulan tak menjanjikan kau akan mudah mengandung.

Dipendekkan cerita, selepas 5 bulan berkahwin, barulah kakDa mengandung. Ingat lagi kata-kata suami kakDa,
Lahirnya setiap manusia didunia ni, Allah dah tentukan perjalanan hidupnya. Jika belum sampai masanya untuk seseorang manusia itu untuk lahir, maka memang Allah tak bagi dia lahir.

Jadi kita kena sabar..tunggu je. Bila sampai masa yang sepatutnya, Allah pasti akan hantar. Tak payah tunggu-tunggu terlalu mengharap sampai bersedih.. Yakin.. Allah tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya

Sedih kakDa masa suami kakDa kata macam tu..huhu.. tapi betul kan? Betul apa yang suami kakDa kata. Tapi mungkin sebab kita ni wanita, hati kita lembut, emosi yang tak stabil, keinginan kita terlalu membuak-buak.

Lagi-lagi bila tengok kawan-kawan yang kahwin tarikh yang sama dengan kita semua dah mengandung, kita pula masih 'kosong'.

Apa yang boleh kita lakukan?


Majalah Pa&Ma ada banyak info berkaitan dengan kehamilan, keibubapaan dan cara meningkatkan kesuburan. Sebab itu lah dulu sokmo kakDa beli. kakDa baca dan jadikan sebagai bahan rujukan.

Tapi sekarang semuanya dihujung jari.

Tak payah beli majalah pun dah boleh google je. Boleh juga join kumpulan sokongan di Facebook dan LIKE fanpage berkaitan parenting seperti Kelab Ibu Ohsem.

Melalui medium diatas, banyak tips dan info yang boleh kita ambil dan amalkan.

3 Faktor yang mempengaruhi kesuburan wanita.


Mari kakDa kongsikan sedikit info yang kakDa dapat dari Kelas Nutrisi bersama pakar Nutrisi dari Shaklee.

Menurut Pakar Nutrisi Shaklee Ms Tracy, terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi tahap kesuburan seseorang wanita, iaitu;


  1. Gaya Hidup




  2. Persekitaran




  3. Pemakanan




Ketiga-tiga faktor ini mempunyai kesan yang amat besar terhadap tahap kesuburan seseorang wanita. Jika kita jaga 3 perkara ini, inshaaAllah kita dapat meningkatkan peluang kita untuk hamil. kakDa akan kupas satu-persatu di entry yang seterusnya. "Tips Kesuburan: 3 Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Kesuburan Wanita"

 

 

 

 

Comments