Apakah Punca Whitehead dan Blackhead Penuh Di Muka Dan Hidung?
Tadi masa kakda tengah google image untuk whitehead, jumpa lah satu gambar ni, tiba-tiba Nuur tanya, "mama, hidung abah ka tu?". (Mujur lah Nuur tak tanya "hidung mama ka tu?"..hahah)
Jadi harini kakda nak share 8 punca kenapa muka kita banyak whitehead dan blackhead.
1. Diet Seharian
Siapa suka makan makanan bergoreng atau berminyak? Kakda suka! Sebab tu whitehead kakda agak banyak juga. Jadi bila dah tahu ni, kakda slowly try lah kurangkan.
Tak mau lah kita dah pakai skincare untuk hilangkan whitehead, tapi tak jaga dari dalam. Tak balance lah jadinya. Kan? So kena cek balik ya pemakanan kita.
2. Hormon Yang Tak Stabil Dan Tak Seimbang
Hormon yang tak balance akan buatkan badan kita berfungsi dengan tak berapa nak betul sangat. Jadi jangan pelik kalau kita suka marah tak tentu pasal.
Suka sedih tak kira masa. Period jadi macam chips more dan macam-macam lagi.
Kesan lainnya pula, ia akan buat kulit kita hasilkan sebum yang berlebihan. Maka banyaklah juga hasil whitehead dan blackhead.hehe
Baca disini: Cara Menghilangkan Jerawat Disebabkan Oleh Masalah Hormon Tak Seimbang
3. Kurang Minum Air Putih
Air putih ni besar tugas dia dalam usaha kita nak bagi kulit cantik. Biasanya orang yang suka minum air kosong akan memiliki kulit yang cantik kan? Tau tak sebab apa?
Satu sebab kulitnya sentiasa lembap, tak kering. Bila lembap, kedut susah nak terbentuk malah kulit akan lebih segar dan tidak kusam.
Satu lagi bila air tak cukup, badan tak dapat melakukan detox. Bila tak detox, badan kita bertoksin. Badan yang bertoksin akan menyebabkan jerawat, whitehead dan blackhead mudah terjadi.
4. Muka Tak Cukup Bersih
Cuci muka saja tak cukup untuk bersihkan semua kekotoran yang ada di muka. Kadang tu bila kita sapu toner/lotion selepas cuci muka, kapas still kotor. Betul tak?
Nak tahu tak Set DUO Youth Skincare mampu bersihkan muka dengan bersih sehingga ke dalam liang pori untuk menghilangkan kotoran termasuk sel-sel kulit mati yang sering kita terlepas pandang sebagai punca Whitehead dan Blackhead. Baca disini.
Baca disini: Kecutkan Jerawat Batu Sepantas 3 Hari
5. Pengeluaran Sebum Yang Berlebihan
Bila kulit muka mengeluarkan sebum secara berlebihan, itu yang membuatkan kulit muka jadi lebih berminyak.
Kulit muka berminyak lebih berisiko untuk liang porinya tersumbat sekaligus menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead.
6. Salah Beli Produk Makeup
Satu lagi masalah kita ni, kita suka beli Makeup yang tak sesuai untuk kulit muka kita. Salah beli bedak muka, salah beli blusher, salah beli foundation. Bila kita guna muka jadi berminyak.
Bila berminyak mulalah keluar whitehead yang banyak.
7. Scrub Muka Terlalu kasar
Scrub muka yang kasar akan menyebabkan kulit muka jadi luka dan merosakkan kulit. Bila kulit muka rosak, ia akan menyebabkan kehilangan agen yang mengawal yang mengawal pengeluaran sebum.
8. Kulit Kekurangan Nutrisi
Rasanya semua orang tahu, kulit juga perlukan nutrisi untuk cantik. Nutrisi yang paling penting untuk kecantikan kulit ialah kolagen dan vitamin C.
Tapi sebenarnya ia tidak terhad kepada hanya dua nutrisi diatas. Banyak lagi nutrisi lain yang penting dalam memastikan kulit kita cukup nutrisi sekaligus menghalang pembentukan whitehead.
Kawal Pembentukan Whitehead Dari Dalam
Nutrisi yang penting untuk kawal pembentukan whitehead ialah seperti berikut.
1. B Kompleks
- membantu mengawal stress (stress akan menyebabkan jerawat dan masalah hormon tak seimbang)
- mengawal dan melancarkan pengaliran darah akan memberikan impak kulit yang lebih berseri.
- membuatkan kulit glowing
- melembapkan kulit
2. Sustained Release Vita-C
- membantu pembentukkan kolagen
- mencerahkan kulit
- membantu mengurangkan radang jerawat
- membantu memudarkan jeragat
- membantu merawat kulit kasar dan kering
3. Vitamin E Complex
- memperbaiki parut
- menyediakan satu lapisan dalam kulit untuk menghalang UV dan mengelakkan pembentukan jeragat baru.
- membantu mengurangkan masalah jerawat
- membantu ton kulit muka yang sekata
Sekarang anda dah tahu kan apa punca muka dan hidung penuh dengan whitehead dan blackhead. Cuba atasi kesemua 8 punca ini dengan mengamalkan kedua-dua produk luaran menggunakan YOUTH Skincare dan dalaman menggunakan suplemen di atas, kulit anda pasti lebih bersih, cantik, cerah, dan lebih menarik berbanding sebelum ini dan masalah whitehead dan blackhead pasti selesai.
Klik link eSell di atas untuk mendapatkan Set Whitehead/Blackhead Luaran & Dalaman Secara Online.
Set Whitehead/Blackhead Luar Dalam
B Complex
Sustained Release Vita-C
Vitamin E Complex
YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
YOUTH Perfecting Skin Toner
Kakda Mamikembar | 010 760 4946
Pengedar Shaklee Sejak 2012
COD Kubang Kerian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Binjai, Kedai Lalat
penting jaga kulit muka nie...lebih2 lagi yang kerja guru, penampilan semua kena nilai oleh budak, kadang bila pagi sblm msuk kelas, budak tegur "cikgu cantik hari ini" buat kita semangat terus sepanjang hari nak mengajar...kan sis ida...tq infonya
ReplyDeleteKena cuba jugak make up remover nutriwhite ni.
ReplyDeletehaha.. waahh. Memang semangat kak kalau murid puji kita cantik.
ReplyDeletewajib cuba!hehe
ReplyDeleteSaya pun ada blackhead. Geram betul tengok. Mesti mau cuba semua tu satu set. Sambil jaga makan & minum air kosong.
ReplyDeletegeram kan tengok. nanti try pakai makeup remover tu tengok berhasil ka tak.
ReplyDeleteBest tips kakda ni. Nanti bole baiki habit mana yg menyebabkan bintik2 kin panas ni 😂
ReplyDeleteWah.. Bagus ni..tak guna makeup pun kena guna juga ni
ReplyDeleteIya sebab kotoran kat muka bukan hanya disebabkan mekap je kan. consider untuk guna Makeup Remover Nutriwhite ya.hehe
ReplyDeleteGood luck dear..
ReplyDeleteMinum air putih yang cukup, penting sekali dan sering kita anggap remeh tapi sering kita abaikan dan minum kurang dari 8 gelas sehari
ReplyDeleteBetul tu Sis. Saya kat rumah selalu ready air kosong dalam botol. Saya rasa lebih mudah minum air kosong kalau buat macam tu.hehe
ReplyDelete