Korang Tau Tak Macam Mana Cara Cuci Muka Dengan Betul?
Antara banyak-banyak rutin penjagaan kecantikan, rutin mencuci muka semua orang rajin buat kan? Malah setiap hari sekurang-kurangnya dua kali kita cuci muka. Pagi dan malam.
Tapi tidak rutin penjagaan yang lain seperti bermasker dan memakai pelembap. Biasanya hanya mereka yang betul-betul suka jaga kecantikkan je yang rajin nak bermasker bagai.
Jadi korang tau tak, sebenarnya kan ada cara yang betul macam mana nak cuci muka untuk mengelakkan kulit muka menjadi terlalu kering dan mudah berkedut.
6 Langkah Mudah Cuci Muka Dengan Betul
Langkah 1:
Mula-mula basahkan muka menggunakan air suam atau air biasa.
Kebanyakkan orang suka menggunakan air suam supaya liang roma terbuka. Bila ia terbuka, kulit muka dapat dibersihkan dengan jauh lebih dalam lagi hingga ke liang roma.
Cara nak basahkan muka ialah, just splash kan je air kat muka.
Bila muka basah, lebih mudah nak urut muka dengan sabun pencuci muka jap lagi.
Langkah 2:
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.
Bukan produk yang sesuai untuk kawan anda atau jiran anda atau sape-sape saja. Tapi produk yang sesuai untuk kulit anda sendiri tau!
Jangan tak tau, kalau tersalah pilih pencuci, ia boleh buat jerawat naik malah kulit boleh jadi terlalu kering hingga terkopek kulit tepi bibir korang nanti.
Hati-hati masa pilih produk. Cari lah produk yang tiada bahan kimia berbahaya dan lebih natural.
Cara sabun muka:
- Letakkan sedikit pencuci muka ke tapak tangan dan hasilkan buih.
- Urut muka dengan gerakan membulat selama 30 saat ke 1 minit.
- Jika anda menggunakan mekap sebelum tu, bersihkan terlebih dahulu menggunakan bahan yang sesuai. Salah satunya ialah minyak kelapa. Kalau kakda , kakda guna je Make Up remover Shaklee.
Langkah 3:
Yang ketiga adalah proses untuk membuang kulit mati. Caranya adalah dengan melulur kulit muka dengan menggunakan scrub muka atau dengan hanya menggunakan tuala kecil.
Gosok muka perlahan-lahan dengan gerakan membulat dan fokus lebih di kawasan muka yang berminyak atau kering.
Proses pengelupasan kulit secara lembut ini elok untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan membuang kulit mati.
Ia sekaligus mengalakkan penghasilan sel-sel kulit yang baru.
Namun jangan scrub muka setiap hari atau terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan kulit anda merengsa.
Pada hari lain, just skip je langkah 3 ni. Hanya buat langkah 1 dan 2.
Langkah 4:
Bilas muka menggunakan air suam dan tekapkan tuala bersih untuk mengeringkannya.
Tap tap je.. Jangan gosok muka menggunakan tuala untuk mengeringkannya kerana ia boleh mengalakkan pembentukan wrinkles (garis-garis halus/kedutan) dan menyebabkan kulit merengsa.
Langkah 5:
Selepas itu gunakan toner atau lotion. Toner bertujuan untuk mengecilkan saiz liang roma (pori-pori) di muka.
Dengan menggunakan kapas muka, fokuskan di bahagian kulit yang mempunyai saiz pori-pori yang besar.
Gunakan toner yang berasaskan bahan semulajadi, elakkan toner yang mengandungi alkohol kerana ia boleh membuatkan kulit muka menjadi kering.
Langkah 6:
Sapu pelembap/moisturizer.
Jika cuci muka di waktu malam, sapu pelembap yang agak heavy macam OverNight cream. Ia bertujuan untuk membantu kulit repair dan mengalakkan penghasilan kulit baru.
Untuk siang hari, sapu pelembap yang lebih ringan yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF15 atau yang lebih tinggi untuk menjaga kulit muka daripada terkena sinaran UV.
sumber
Ikuti 6 Langkah mudah ini untuk rutin mencuci muka yang betul bagi mendapat kulit muka yang lebih cantik, tona yang lebih sekata dan tidak kusam.
Agak-agak cara korang cuci muka selama ni betul tak? hehe
Good tips KakDa! Thank you.
ReplyDeleteUr most welcome dear..
ReplyDelete