Resepi Dan Rahsia Cornflakes Madu Jadi Rangup Dan Sedap

Resepi Cornflakes Madu Rangup Dan Sedap


Mungkin ada yang kata cornflakes madu dah kurang femes sekarang, tapi bagi kakda, cornflakes madu tetap sedap dimakan dan lebih ringan untuk menjadi kudapan berbanding biskut lain.

Dalam satu masa, kakda boleh je telan sampai 10 biji cornflakes madu sambil layan tv.hehe

Tanpa berlengah lagi, jom tengok resepi kat bawah.

Resepi asal cornflakes madu ni kakda dapat dari blog ni tapi kakda ubah suai sedikit sukatannya mengikut citarasa kakda.

Bahan-bahan;


1 Pack Nestle Cornflakes (500g) - Kotak besar tu

- 3/4 Buku Buttercup (250g) - Kakda guna SCS Salted Butter. 1 buku memang 250gm dah

- 1/2 Tin Susu Pekat - Kakda guna jenama F&N

- 5 Sudu Besar Madu - Kakda guna jenama Tesco. Guna separuh botol.

- 5 Sudu Besar Gula (Membukit) - Guna baki gula yang ada kat rumah. Kakda agak dalam 3 sudu membukit je kot.

- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla 

 

Cara-caranya;



Step 1: Cairkan butter



Step 2: Masukkan susu pekat. Tak perlu tunggu butter cair sepenuhnya.



Step 3: Masukkan pula gula



Step 4: Masukkan madu. Kakda tak ikut sukatan 5 sudu sebab madu tesco ni tak berapa nak bau madu sangat. Jadi kakda bubuh je sambil ejas rasa. Seeloknya gunalah madu yang molek sikit. 



Step 5: Akhir sekali masukkan setengah sudu teh esen Vanilla.



Step 6: Kacau kuali guna sudip kayu sehingga jadi berbuih macam ni, pastu matikan api.



Step 7: Bila campuran butter tadi dah agak sejuk barulah masukkan cornflakes dan gaul sebati.



Step 8: Masukkan dalam cup kertas. Dan letak ceri sebagai hiasan. Kalau tak letak pun takpe.


 

TIPS PENTING!



  • Jangan masukkan cornflakes serta-merta sebaik campuran butter mendidih. Kalau tak nanti cornflakes jadi lembik. Tunggu dulu sebentar bagi campuran butter tadi suam.

  • Kalau tak suka manis, ejas kurangkan gula atau susu pekat.

  • Nak bagi bau lebih kuat, lebihkan esen vanilla.

  • Nak mudah bubuh dalam cup, ramas cornflakes bagi sedikit pecah. Kemudian alas tangan dengan plastik. Gunakan jari je nak bubuh. Lebih cepat dan tak melekit.

  • Panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 10minit sebelum bakar cornflakes.

  • Bakar dalam 3 minit, suhu oven 170 degree celcius atau ikut pada oven masing-masing.

  • Tak perlu bakar lama. Tujuan bakar adalah nak bagi cornflakes ni melekat elok sesama sendiri dan jadikan ia lebih rangup.

  • Selepas keluar dari oven, jangan risau kalau cornflakes nampak tak melekat elok. Kena bagi sejuk dulu baru dia ok.

  • PALING PENTING simpan cornflakes yang dah siap jauh dari pandangan anak kalau tak nak habis sebelum raya! haha


Selamat mencuba! Senang je kan. Hihi

 

Comments

  1. asssalammualaikum sis. Saya share resepi sis.

    ReplyDelete
  2. Kakk... knpa saya buat jdi mcm dodol? Bila dh sejuk keras mcm gula2... hahaha😅😅😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wbt Shahida,
    Sila-sila. Buat banyak-banyak tau.hehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. Jangan bagi betul-betul sejuk. Suam pun dah ok. Kalau jadi sejuk nnt memang akan keras.

    ReplyDelete
  5. maksud akak time campur conrflakes dgn butter tu ke, jgn tgu sejuk sgt..
    kalau xbakar dalam oven, de effect pape tak kak?

    ReplyDelete
  6. Ye Nurul jgn tggu sejuk sgt.
    Jgn gaul masa panas sbb xmau bg cornflakes tu lembik. So tggu kurang panas, dh bole gaul.
    Kita buh dalam oven sbb nak bagi dia melekat antara 1 sama lain dan nak bg lebih rapuh.

    ReplyDelete
  7. salam kak, esen Vanilla untuk apa ye..

    ReplyDelete
  8. Wslm wana.
    Just untuk bagi bau wangi je. Kalau xda pun xpe. Xyh letak

    ReplyDelete

Post a Comment