Tempat Berbuka Puasa Di Kota Bharu 2017 -Restoran Sri Chiangmai

Idea Tempat Berbuka Puasa Di Kota Bharu 2017 - Masakan Cina Restoran Sri Chiangmai


Kalau nak cari tempat berbuka puasa yang best di area Kota Bharu, apa kata anda cuba masakan cina di Restoran Sri Chiangmai.

Masakannya boleh tahan sedap setanding dengan restoran lain seperti Restoran Four Season di Jalan Sri Cemerlang dan New Horizon Garden di Wakaf Che Yeh.

Setiap tahun kakda tak pernah terlepas untuk berbuka puasa kat restoran Sri Chiangmai Kota Bharu ni. Rasanya tahun ni dah tahun ke-4 kakda berbuka kat sini.

Biasanya pada masa lain selain buka puasa, kakda tak masuk pun restoran ni.hehe

Jangan risau kerana Restoran Sri Chiangmai ni mempunyai Logo Halal.

Kat Mana Restoran Sri Chiangmai?


[caption id="attachment_1088" align="aligncenter" width="600"] Alamat: 327 & 328, Sek 27, Jalan Sri Cemerlang 15300 Kota Bharu, Kelantan. Contact Info. 09-741 8328[/caption]



Menu Apa Yang Best?


Biasanya kalau makan kat Restoran Sri Chiangmai Kota Bharu ni kakda akan order menu yang sama je. Yelah kan, makan pun setahun sekali je kan.hehe

Jom tengok menu apa yang best kat sini. Makan berbuka puasa kali ni di sponsor oleh adik ipar kakda.

Order: Set untuk 8 orang, pilih 6 lauk , RM208


Menu 1: Monggolian Beef (Daging Monggolia)



Menu 2: Lemon Chicken (Ayam Masak Lemon)



Menu 3: Ikan Siakap Masak Kengsom



Menu 4: Tomyam Merah Ayam



Menu 5: Lala masak apa pun tak tau. 


Menu 6: Sotong Goreng Tepung. Lupa nak snap pic.



Menu 7: Ketam Lembut Telur Masin , 500gm RM55


(yang ni order lain tak masuk dalam set)



Makan!


Kalau ikutkan rasa, bila anak dah ramai, kakda tak berapa gemar makan kat restoran yang kira berapa kepala ni. Bukan apa, anak kakda kan ramai, jadi kalau booking untuk 8 orang (dewasa) anak nak duduk mana?

Kalau baby boleh dukung kot, tapi anak kakda semua dah nak duduk kerusi sendiri.

Kalau kita kira anak sekali, akan lebih orang pulak untuk 1 meja, dah kena tukar Set lain. Sebab nak tambah meja kan..

Biasanya restoran macam ni, bila bulan puasa konfem penuh. So dorang berapa nak consider untuk bagi meja besar tapi order Set untuk 8 orang. Paling-paling pun dia akan bg extra kerusi pastu ikut kau lah nak sumbat macam mana.huhu

[caption id="attachment_1099" align="aligncenter" width="600"] Cukup family kakda je meja dah separuh penuh. Ada 6 orang dewasa dan 3 kanak-kanak lagi yang belum sampai masa ni.[/caption]

Kita pula tak mau lah tambah meja. Tambah meja maksudnya kos pun bertambah.hehe

Overall makan kat sini boleh tahan. Sedap dan lauknya jarang kita dapat jumpa di kedai melayu kita. Cuma waktu berbuka baru ni, kakda rasa tak berapa best, sebab aircond betul-betul duk atas meja dan flow dia tu kena direct kat makanan. Jadi semua makanan pun sangat sejuk.huhu

Okay lah. Tu je. Selamat mencuba makanan kat Restoran Sri Chiangmai Kota Bharu!

Comments

  1. Sedapnyeeeee..


    Eh, tambah lah meja sesiap. Masakan tu minta bahagi dua. Sini selalu kami sambung meja . Hehe. Nda pun cas lebih. Sebab makanan memang kami minta siapkan 2 portion.

    ReplyDelete
  2. Nda kena bagi ani. Sbb mmg org rmi kan buka puasa. Fullhouse sokmo. So kalau dia bg meja extra, rugi la dorang.haha

    ReplyDelete

Post a Comment