Pengalaman Anak Umur 2 Tahun 3 Minggu Patah Tangan Sebab Jatuh

Kongsi Pengalaman Anak Jatuh Dan Patah Tangan


Ini cerita lama. Kejadian masa kakda baru mula pindah masuk rumah baru. Tahulah budak baru nak membesar kan, aktif semacam.

Masalahnya si kembar ni yang biasanya terlebih aktif adalah si Ahmad. Bukan Muhamad. Tapi mangsa pada kejadian kali ni adalah Muhamad. Si kembar yang tak berapa nak galok sangat.

Dah nasib dia untuk patah tangan kan, nak buat macam mana.huhu

Macam Mana Boleh Jadi?


Nak throwback memory tahun lepas, kakda pun tak pasti mana dah. Cuma seingat kakda, masa tengah buat kerja apa tah, tetiba dengar suara budak nangis.

Nangis yang bunyi pelik sikit dari biasa. Bukan bunyi nangis kena gigit dengan Ahmad yang biasa kakda dengar tu.

Masa umur-umur ni Ahmad punya feveret, dia suka gigit Muhamad. Gigit pulak memang tahap kaw-kaw. Siap kopek kulit You!

Selalunya bila dengar Muhamad jerit nangis, bila kakda cek, adalah tu bekas gigitan kat bahu belakang atau lengan Muhamad. Pakej air liur lagi tau!huhu

Kesian betul Muhamad. Dah lah eczema lagi budak Muhamad tu. Sokmo jadi mangsa gigit pulak tu. Sedih betul!hukhuk

Sambung cerita patah tangan.

Main Panjat Kerusi, Jatuh Atas Bendul Lantai


Masa kejadian, budak kembar ni main panjat-panjat sofa di Ruang TV. Sofa kakda pula sofa lama yang jenis tinggi. Jadi budak kembar ni suka panjat kat lengan sofa sebab nak ambik remote kipas kat dinding.

Nak dijadikan cerita, satu hari, masa sedang panjat, tiba-tiba Muhamad terjatuh. Jatuh pulak kat sempadan lantai Ruang TV dan Ruang Tamu yang ada perbezaan tinggi lantai. Ruang TV tinggi, Ruang Tamu rendah sedikit lantainya.

Agaknya lengannya terhantuk atas bucu lantai yang tinggi dan badan pula hempap lagi atas lengan tadi bagi lagi wow!

Lengan Nampak Bengkok


Bila Muhamad nangis, kakda pun terus lah lari g ambik dia. Tanya kat abang Yusuff, macam mana adik boleh jatuh. Then abang Yusuff pun explain. Mujur lah ada saksi di tempat kejadian.

Pastu kakda pun dukung lah Muhamad masuk bilik dan bagi 'momo' (bf) untuk pujuk dia nangis.

Bila dia dah stop nangis, kakda try la belek lengan yang sakit tu. Tanya dia, sakit tak? Dia angguk.. risau dah hati kakda.

Cuba perati. Korang nampak macam bengkok tak?
Baca Anakku Penghidap Geographic Tongue

Lama kakda belek. Pastu kakda send gambar ni kat wasap family grup kakda. Dorang kata nampak bengkok lengan Muhamad tu. Sama macam apa yang kakda nampak.

Pastu terus je kakda kol suami kakda ajak pergi hospital.

Kami decide untuk pergi KBMC Kota Bharu untuk xray. Takpa ada insurance kan jadi tak kisah bil mahal pun. Kalau pakai duit sendiri takdaknya kakda nak g kat tempat private.huhu

Result X-Ray Lengan Muhamad


Dulu kan, masa Nuur umur berapa tahun tah tak ingat, pernah juga jadi situasi macam ni.

Masa tu kakda masih duduk rumah mertua. Anak pun baru Yusuff dan Nuur. Si kembar lahir masa Nuur lagi seminggu nak masuk 2 tahun.

Kejadiannya tak sama. Hat ni Nuur jatuh sebab terpijak mainan kecik. Mozek lantai rumah mak mertua kakda ni jenis mozek lama yang saiz petak kecik macam saiz batu bata tu. Kaler hijau. Agak licin texturenya walaupun berbintik-bintik.

Bila Yusuff kejar Nuur, Nuur terpijak mainan dan terjatuh dan terhempap lengannya. Tak ingat dah lengan kanan ka kiri. Agaknya masa ni umur Nuur baru setahun lebih sikit je.

Bila dia nangis, bibirnya bertukar jadi pucat kelabu!. Bikin takut tau! Sebab badan dia pun jadi sejuk sama. Imagine lah Nuur tu kan putih. Bibir pulak pink-pink. Lepas jatuh tu boleh dia betukar kaler jadi macam tu. Panik la kakda! Mana tak panik tengok anak bertukar kaler.huhu

Kejadian tu, kakda duk agak jugak, takut patah tangan. Tapi tak pasti sebab yang sakitnya kat siku. Jadi memang takleh nak agak.

Kakda pergi jugak lah KPJ Perdana Kota Bharu untuk x-ray. Sedang tunggu giliran nak jumpa doktor, galok pulak budak Nuur ni. Lepas dapat result xray Nuur, konfem lah takdak patah. Patut pun boleh hepi je budak tu!haha.

Cuma ada kecederaan tisu kata doktor. Tisu penyambung kat siku ada terkoyak sedikit. Sebab tu rasa sakit.

Ok back to Muhamad punya result pulak.


Nampak tak petak tu? haa.. kat situ la tulang retak. Mujur tak patah bertindih tulangnya, kalau tak silap haribulan memang kena bedah. Alhamdulillah..

Tulang kat luar yang patah. Mungkin masa dia jatuh, lengannya jatuh menegak ibu jari duk atas.

Rawatan Apa Yang Diterima


Alhamdulillah tulang nya cuma retak sedikit.

Ubat memang tak dapat. Doktor pakar just balut dengan sejenis kapas lebar yang bila kapas tu terdedah pada udara dia akan mengeras. Taktau apa nama. Cuma istilah yang biasa kita dengar 'simen' tulang. Memang guna benda tu lah rupanya bila orang kata simen tangan tu.

Kapas simen tu akan mengikut bentuk lengan dan dipotong sepanjang yang sesuai untuk pegang tulang yang patah tu. Mula-mula doktor balut sekali dengan siku dan biar bengkok macam tu.

Next appointment, doktor balut lengan bawah siku je sebab habis kulit muhamad mengelupas kat area yang tertutup atas pada siku tu. Kesian dia sebab gatal.



Kalau budak besar, dah lama kakda suap Ostematrix. Tapi ni sebab kecik lagi, kakda pun tunggu je lah tulangnya sembuh sendiri. Kakda suap juga mealshakes multivitamin tapi tak banyak lah. sikit2 je.. Muhamad kan masih kecik.

Tak ingat berapa lama masa untuk sembuh sepenuhnya. Cuma seingat kakda adalah dalam 4 kali appoinment jumpa doktor dalam tempoh 2 ke 3 bulan. tak sure Sori.

Yang penting, doktor kata, tulang budak masih dalam proses nak panjang. So nanti, bila tulang makin panjang, tulang atas akan terus bercantum dengan tulang bawah dimana ada tulang baru yang akan terhasil. Tulang yang dah retak kat tepi tu memang dah tak guna. Dia tak akan bercantum balik dengan yang lama.

Ia akan hilang dengan sendirinya. Tak payah tahu macam mana sebab memang kebesaran Allah, tulang yang tak berguna tu akan hilang entah kemana. Begitulah kata doktor yang rawat Muhamad. Doktor Abang namanya. Asal Sarawak dalam biliknya penuh dengan kitab-kitab agama. Kagum sangat!

Cara Jaga Budak Patah Tangan


Memandangkan Muhamad cuma patah yang tak lari jauh mana tulangnya, kakda takdak cara penjagaan khusus. Macam kakda bagitau tadi, kalau budak besar, boleh bagi supplemen Ostematrix. Muhamad ni harapkan kalsium dari susu dan mealshake je.

Cuma iyalah.

Kalau budak patah tangan, kalau boleh tangan yang patah tu jangan bagi banyak gerak. Nanti susah nak pulih.

Tapi apakan daya, budak umur 2 tahun ni kejenya asyik nak main je kan. Kita marah pun dia tak dengar. Kejap je stop, pastu galok balik.huhu..

Doktor pesan suruh beli arm sling. Kakda pun beli lah. Tapi susah lah. Dia tak mau pakai. Kalau ada armsling, at least lengan tak gerak mana.

Sekarang dah setahun lebih sejak kejadian patah tulang ni. Merasa jugak kakda ada anak patah tulang sebab jatuh masa bermain.

Selama ni dengar cerita dari mulut orang je. Anak patah tangan sebab terjun dari katil tingkat atas. Rupanya anak kakda lagi haru, patah tangan sebab panjat sofa.hahaha..

Tu je lah nak share. Hopefully adalah info atau ilmu yang bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana. Salam.

Comments

  1. Bila anak jatuh kita memang risau. Tapi itulah budak2 ni main tak ingat dunia. Kita pantau jela perkembangan dorang sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Pernah patah tulang masa form 5 dulu,di bahu. Jadi,doktor memang tak de simen. Sebah bahu kan. Cuma pesan minum susu. Mak beli pil kalsium. Setiap hari makan. Check up kali kedua doktor sudah kata tulang dah cantum. Kalau kenal sama ostematrix memang makan itu dulu.

    Cuma,nak bagitau kita memang perlukan kalsium yang cukup setiap hari. Susu sahaja memang tak cukup. Kena tambah kalsium luar. Kalau tak de kalsium tulang jadi rapuh.

    ReplyDelete
  3. Haiyyoooo tak nak tengok gambar hat patah tabgan tu. Takut oooo

    ReplyDelete
  4. bila benda nak jadi, memang tetap akan jadi juga walaupun dah pantau 24jam..kanak-kanak begitulah, lagi-lagi masa tengah nak lasak. Jatuh sana, jatuh sini...

    ReplyDelete
  5. hohhh.bahaya ni.mesti krna pantau anak elok2

    ReplyDelete
  6. Seriaunya. Tapi tulah. Anak tengah lasak ni kena tengok-tengok juga.
    Pengalaman berharga tu kakda, jaga anak patah tangan.

    ReplyDelete
  7. Budak² memang aktif sangat... Kadang dalam dok pantau tu pun still boleh jadi juga... Tapi ni nasib baik x de lah serious sgt..

    ReplyDelete
  8. Aduh naik ngeri juga tgk gambar xray. Syukurlah semua ok kan? Cian muhammad.

    ReplyDelete
  9. Ibu ibu yg der ank kecil kena lebih prhatin ya..tulng ank msih lembut..
    Ikut cara kakda..bgimna ia merawat tngn ank beliau yg pth..
    Trbaik tau...

    ReplyDelete
  10. Kadang kita segan nak jumpa doktor kan kak Ina. Takut nampak macam lebih-lebih pulak. Tapi sebagai parents memang kena ada sikap terlebih risau, daripada duk main agak-agak saja, better jumpa je doktor cepat-cepat.

    ReplyDelete
  11. Patah bahu?aduhhh.. lagi ngeri sayang.huhu

    ReplyDelete
  12. hahaha.. gerun kan? sebab bengkok.huu

    ReplyDelete
  13. setuju dengan puan.. Redha je lah benda dah jadi. Alhamdulillah sekarang Muhamad dah pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Kadang kita pantau pun, kalau benda mau jadi, jadi jugak kan.huhu

    ReplyDelete
  15. Pening jaga budak kecik patah tangan. Mula-mula je nangis. Hari kedua dan seterusnya lasak balik.haha
    Dah tak kisah tangan berbalut.

    ReplyDelete
  16. iya, nasib baik tidak serius sangat.huhu

    ReplyDelete
  17. hahah.. dia masih ingat tu sampai sekarang tangannya pernah patah.hehe

    ReplyDelete
  18. haduh.. kesiannya.. paling bagus jumpa doktor cepat.. bila sudah balik dari jumpa doktor boleh lah ambil supplement untuk boost up kesembuhan tu kan.. waah.. thank you sharing..

    ReplyDelete
  19. Thank youuu post ni. Aku baru baca. Stress seminggu mengatur anak murid patah tangan. Moga anak murid ku membesar bak johan dan jadi 'keras' sikit. Huhu. Sudah kena simen juga

    ReplyDelete
  20. haha.. patah tangan di sekolah ka? ka di rumah? Budak-budak ni kejap jak rasa sakit, pastu main balik nda ingat dunia.hehe

    ReplyDelete
  21. salam kak da...lepas simen ank tidur mlm merengek x..atau mengadu sakit bila pusing ke..ank za dh 5hr bersimen...smlm dia mcm sakit bila nk gerakkan tangan...patah bhg atas lengan...normal ke kalau mcm tu..atau kena bawa p hospital semula..ka kena tgu next appoinment..

    ReplyDelete
  22. Wslm erwaniza.
    Seingat akak, anak akak x nangis sangat.
    Dia main macam biasa, kadang nampak macam tak sakit.
    Tapi kena beringat jugak.
    Takut nanti tulang dia payah nak cantum kalau duk aktif sangat guna tangan yang patah tu.hehe

    Try la bawak jumpa doktor.
    Mungkin dia ada rasa sakit tempat lain selain yang patah tu.

    ReplyDelete
  23. Baru jadi jam 7pm tadi kat anak laki saya (2y8m)...tulang yangan kiri bengkok sikit, nyaris xde rerak atau patah... Berderau juha darah tadi tengok lain macam tangannya... Thanks for sharing Kakda.. 💕

    ReplyDelete
  24. Fuhhhh!!Memang mengerikan. Takut kan?huhu
    Sebab kita takleh nak agak. Serius ke tak keadaan dorg.huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment