Tips: Kawal Eczema Anak Daripada Menjadi Melarat Dan Bertambah Teruk

Kongsi Tips Untuk Menjaga Anak Eczema.



"Dah elok dah kulit Muhamad?"



Masa raya haritu, soalan ni paling ramai orang tanya.

Mujur lah bukan soalan cepumas seperti;




"Ada isi lagi?"
"Bila nak tambah lagi?"



Mahupun soalan bocor,

"Awak nampak makin berisi!"



Hahaha...😂😂

Jadi harini kakda cuma nak kongsi sedikit tips macam mana kakda buat bila anak eczema.
Manatau ianya bermanfaat untuk orang lain.

Sedikit jawapan kepada kesembuhan Muhamad walaupun masih belum 100% bebas dari eczema:

1. Kesembuhan Allah yang bagi.


Alhamdulillah memang banyak beza banding dulu.
Kalau tak banyak beza, tak kan semua orang sibuk nak tanya kan?hehe

Baca lagi: Jaga Anak Umur 2 Tahun 3 Minggu Patah Tangan Akibat Jatuh Bermain



2. Baru-baru ini Kakda ada beli satu gel mandian ni. Ia produk tempatan dan berasaskan buah Bidara dari page Eczema Natural Therapy.

Alhamdulillah gel mandian tu serasi dengan kulit Muhamad. Rasanya ia bantu luka jadi cepat kering dan sembuh.

Jangan suka hati bagi pakai sabun mandi sebarangan tau. Ia boleh buat kulit anak jadi makin teruk jika tersalah pilih produk.

Sebelum ini, kakda jugak dah beli macam-macam produk termasuk Buds, Moogoo dan produk natural yang lain. kakda lupa jenamanya.

3. Eczemanya masih ada, cuma kakda jaga beberapa perkara untuk elakkan ia menjadi terlalu teruk.


- jangan bagi dia stress.


Jangan bagi adik beradik lain buli dia. Kalau stress dia akan gatal dan menggaru.
Kalau boleh lebih kan perhatian dan kasih sayang untuk anak eczema.

- Jaga kuku.


Kuku yang panjang, bila garu akan buat luka. Luka tu yang akan jadi melarat. Dan makin lambat sembuh kalau duk ulang garu tempat yang sama.

- Jaga pengambilan gula.


Kakda perasan, kalau Muhamad banyak makan makanan manis dan proses contohnya biskut, aiskrim, gula2 dan minuman dalam kotak, tak lama dia akan menggaru. Dan berlarutan beberapa hari.

- Jaga makanan proses. (Sosej, nugget, fries)


Jarang sangat bagi makan pun. Termasuk lah penggunaan sos² perisa dalam masakan kat rumah.

- kalau 'flare up', ubat yang kakda bagi hanya supplemen Omega Guard sejenis minyak ikan.



InshaaAllah flare up dia akan surut. Kakda dah stop beli ubat 'Anti-Histamine' hampir 2 tahun.

Walaupun doktor kata ok je makan, tapi kakda sebagai ibu rasa tak sanggup nak suap ubat tu lama sangat.

- Muhamad still makan udang dan sotong, tp hanya yg fresh.


Maksudnya kalau g pasar pagi ni, malam tu buat sotong tepung.

Kalau masak lauk basah yang lama duk dalam peti ais, inshaaAllah makan kuah saja pun boleh gatal.

Baca lagi: Anakku Penghidap Geographic Tongue

- Ayam


Kakda jarang beli ayam. Sebab kakda perasan, kadang lepas makan ayam, Muhamad garu. Kadang tak garu.

Tapi kami just decide utk kurangkan ayam. Sebulan beli sekali atau 2kali saja. (Kakda is surirumah, so memang tiap hari masak)

- Towel


pastikan guna towel yang bersih dan kerap tukar.

- Tempat tidur


Pastikan kerap tukar cadar dan sarung bantal. Selimut pun rajin² lah basuh.

- elakkan makanan yang tinggi kandungan Histamines.


Boleh google sendiri. Makanan tinggi histamine akan buat eczema makin teruk.

- jangan tak tau, makan buah mangga saja pun boleh buat Muhamad bengkak mata dan muka.


Jadi kakda memang hati² bg dia makan. Kadang memang terlepas jugak, termakan. Redha je lah.

- kakda jugak bagi Muhamad makan Nutriferon shaklee (berasaskan buah labu) untuk naikkan sistem kekebalan tubuh nya. Budak yang ada eczema punya imun sistem yang rendah. Jadi bila sakit, biasanya akan melarat lebih lama berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai eczema.







Ini pilihan kakda untuk bantu anak jadi lebih sihat. Barang shaklee memang semua kakda suka.haha

Untuk losyen pula, kakda gunakan Herbal Blend Shaklee. Lotion ni yang kakda suka, luka pun kita boleh sapu. Cepat je sembuhnya bila sapu dengan Herbal Blend ni.

Baca lagi: Eczema Muhamad, Beza Dulu Dan Sekarang

Apa lagi nak share ni.hahhah..

Panjang sangat dah. Cukup lah kot.
Siapa yang rasa nak follow, follow lah.

Tapi kena open minded, ada benda yg mungkin tak sama.
Eczema anak kita mungkin berbeza dari anak orang lain.

Kita sendiri kena pantau dan observe apa yang boleh dan tak boleh.
Memang payah, kakda pun ambik masa jugak nak kenal pasti semua benda ni.

Jangan kecik hati dengan kata² orang lain. Hatta mak atau mak mentua sendiri.

Contoh bila kakda kata Muhamad tak boleh makan mangga. Kedengaran lucu kan? Orang lain yang dengar mesti rasa kakda mengarut.

Tapi anak kita, kita yang jaga. 24jam duduk dengan kita.

Kalau org lain tak percaya, biar kan je.
Tak payah sibuk nak explain atau nak 'makan dalam' sangat!haha

Memang sakit eczema ni unik.
Bersyukur lah saat kita diuji.
Supaya kita sentiasa ingat pada Sang Pencipta.
Selalu merayu padaNya.

Walau apa pun usaha dan ikhtiar kita, yang bagi kesembuhan hanya Allah.

Sebab tu bila orang tanya kakda bagi makan apa Muhamad boleh sembuh, kakda cuma jawab 'dah sampai masa rezeki dia nak sihat'.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Comments