Bahaya Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.
Semalam kakda terima satu wasap dari kawan kakda yang juga agen shaklee Kuala Terengganu yang kakda panggil Fara. Fara bagitahu dia pregnant lagi. Kiranya nak masuk anak ke empat dah lah.
Cuma masalahnya, kehamilan kali ni, bacaan bp (blood pressure/tekanan darah) nya agak tinggi berbanding sebelum ni. Jadi Fara takut lah. Selama ni tak pernah tinggi, ni dah masuk umur 32, tetiba naik pulak.
Kebetulannya, mak Fara pun first time detect darah tinggi semasa umur 30-an. Lagi lah cuak! Kot lah memang keturunan kan.
Supplemen Shaklee Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil
So dia minta pendapat nak makan supplemen apa yang boleh kawal tekanan darah dia. Walaupun belum masuk kategori tinggi, tak silap kakda bacaan tekanan darah dia dalam 130. Yang bawah tu dia tak bagitau.
Bacaan 130 untuk bacaan atas tu sebenarnya agak tinggi lah jugak. Kakda sendiri tak pernah sampai takat tu bila buat check-up kat TMC Kota Bharu. Masa anak sulung buat check-up kat KK Kedai Lalat Kota Bharu pun sama. Alhamdulillah bacaan normal je.
Biasa bacaan bp kakda semasa mengandung dalam 120 ke bawah. Kalau rendah sangat pun tak molek jugak. Nanti jadi kes darah rendah pulak kan.
Baca: Jenis-jenis Tekanan Darah Tinggi Mengikut Usia Kandungan.
Jadi, Kakda suruh dia amalkan makan minyak ikan dan tablet garlic.
Dalam minyak ikan ada Omega-3, (Asid Lemak Omega-3) yang sangat baik untuk mengawal tekanan darah kita menjadi normal. Bila tekanan darah normal, ia turut mengawal paras kolestrol yang baik di dalam darah. Sekaligus akan menjadikan jantung kita lebih sihat bilamana oksigen lebih mudah diangkut ke jantung, dipam, dan diedarkan balik ke seluruh tubuh badan kita.
Pastikan cari sumber minyak ikan terbaik. Banyak jenama yang ada di pasaran, tapi op kos lah kami akan makan yang Shaklee punya. Selain dari memang fanatik dengan produk shaklee, comparison yang dibuat berbanding jenama lain memang membuktikan kandungan Omega-3 dalam kapsul minyak ikan shaklee paling tinggi dan diproses paling selamat.
Tablet Garlic pula mempunyai fungsi mencairkan darah. Sesetengah orang memang mempunyai darah yang agak pekat. Ada juga yang mempunyai darah yang terlalu cair. Yang kita nak, biar sedang molek.
Tablet Garlic tidaklah terlalu kuat kesannya seperti ubat cair darah yang diberikan oleh pihak hospital. Makan lah ikut dos yang telah disarankan kat botol. Kan ada tulis biasanya.
Selain mempunyai fungsi untuk mencairkan darah, ia juga boleh menjadi antibiotik semulajadi untuk tubuh kita. Bagus untuk mengelak jangkitan virus selesma, batuk dan juga untuk mengawal keputihan semasa mengandung.
Petua Lain Untuk Kawal Tekanan Darah Tinggi
Selain daripada mengambil supplemen, terdapat beberapa petua untuk memastikan tekanan darah kita tak jadi tinggi.
Kalau mak mertua kakda, bila dia pening dia akan minum 1 atau 2 sudu cuka nipah. Kat Kota Bharu ni senang je nak cari. Biasa kat pasar-pasar mesti ada jual.
Tapi sejauh mana keberkesanannya tu tak pasti.
Yang pasti boleh cuba beberapa tips ni:
- Jaga makan. Amalkan pemakanan yang sihat.
- Bersenam. Senaman ringan je kalau pregnant.
- Kurangkan garam semasa masak. Atau kurangkan makan di luar.
- Minum banyak air kosong. 25kg berat badan perlukan 1 liter air. So pandai-pandai kira nak minum banyak mana.
- Masa baring, angkat kaki tinggi sikit dari aras dada. (Letak bantal kat kaki bagi tinggi)
- Elakkan minum minumanan yang mengandungi kafein.
- Kurangkan stress. Macam kes Fara, kakda syak mesti dia stress jaga anak dia yang 3 orang masih kecik-kecik semuanya tu.huhu
- Dapatkan rehat yang cukup.
- Baca info lanjut di blog Dr.Zubaidi
Dapatkan Set Darah Tinggi Anda Hari Ini!
Dua supplemen yang kakda cadangkan tadi adalah selamat untuk ibu hamil. Malah amat digalakkan untuk consume bagi membantu perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
Shaklee telah menjalankan ujian saringan terhadap lebih kurang 2,500 jenis bahan kimia dan berbahaya ke atas semua produk nya dan memastikan ianya bebas dari kesemua 2,500 jenis bahan berbahaya tersebut.
Ini menunjukkan produk Shaklee amat SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
Dapatkan Set Darah Tinggi Anda di link ini:
Pembayaran adalah melalui Kad Debit atau Kad Kredit Sahaja.
**************
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kakda di talian ini: 010-760 4946
(Pengedar Shaklee Kubang Kerian, Kota Bharu September Sejak 2012)
Stok Sentiasa Yang Terbaru, Penghantaran Ke Rumah Dan Khidmat Nasihat Berkaitan Produk.
Comments
Post a Comment