Maklumkan Kedutaan Jika Nak Melancong Ke Jepun
Siang tadi masa bergayut dengan mak bercerita pasal persedian kakda untuk ke Osaka pada penghujung September nanti, kakda dapat satu pesanan yang memang hampir langsung tak terfikir nak buat.
Mak pesan, maklumkan pada kedutaan Malaysia masa kakda kat Jepun nanti.
Incase ada apa-apa masalah yang tak dapat nak disetelkan sendiri, pihak kedutaan boleh tampil membantu.
Inilah pesan seorang ibu yang berpengalaman kematian suami semasa di Adelaide Australia suatu ketika dahulu.huhu.. (Nampak sangat kedutaan banyak membantu ketika mak berhadapan dengan situasi yang paling sukar dalam hidupnya. Kematian suami di negara asing bersama-sama 4 orang anak yang masih kecil)
Kebetulan kakda sedang baca blog travelog, terjumpa satu entry yang sentuh isu ni.
Barulah kakda teringat balik pesan mak kakda pagi tadi.huhu..
https://ekonsular.kln.gov.my/en/
Apa-apapun, kakda park kat sini dulu link tersebut. InshaaAllah kakda isi nanti sebelum bertolak ke Osaka.
Korang yang nak ke Jepun, jangan lupa isi sekali ya.
Embassy of Malaysia
Chancery: 20-16, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo.
Post Code: 150-0036
Tel. 03-3476-3840
H.E. Dato' AHMAD IZLAN bin Idris, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary.
Fukuoka
Honorary Consulate-General of Malaysia
1-10-13-401, Noma, Minami-ku, Fukuoka-shi.
Post Code: 815-0041
Tel. 092-554-3620
Dato' OTUKA Motohiro, Honorary Consul-General.
Kansai Area
Tel: 06-69 06-3101
Comments
Post a Comment