Pass Apa Yang Paling Terbaik Untuk Bercuti Di Osaka, Kyoto, Nara Dan Kobe.
Syukur lah dengan perangai kakda yang memang hobi kakda suka baca blog dan study semua benda sebelum travel. Tabiat yang bagus. Patut dicontohi kalau nak travel bajet !hahah
Ok jom kita start!hihi
Setelah hampir tinggal 2 minggu saja lagi sebelum berlepas ke Osaka, kakda dah decide untuk menggunakan pass tourist apa semasa di Kansai Region nanti.
Korang yang nak bercuti ke Osaka mesti dah tahu kan, Kansai Region ni adalah meliputi kawasan-kawasan sekitar Osaka yang cover Osaka, Kyoto, Nara, Kobe dan adalah lagi kawasan lain yang tak berapa nak femes sangat di kalangan kita yet ada je yang sampai.
Cipta Itinerary Anda!
Ni tips untuk korang.
Sebelum kalut cari pass yang paling best, korang kena tahu korang nak pergi mana, korang ada bajet berapa, korang ada masa banyak mana, korang nak buat apa sebenarnya.hihi..
Its no simply like nak main ikut-ikut je pilihan orang lain. Dan tak semestinya apa yang terbaik untuk kakda, adalah yang terbaik untuk kamu. Gituuuu..
Memang pada mulanya agak konfius jugak nak decide, sebab kakda tak boleh la plan sorang-sorang nak p mana. Kena tanya suami dulu dia minat apa, dia nak p mana. Macam kakda, kakda aim tempat-tempat tradisional Jepun. Tapi suami kakda is tak berapa nak p.
Kakda ajak masuk kat Studio Ninja kat Kyoto pun dia tak mau.huhu
Jadi setelah ajak suami duduk bincang sekali (suami kakda dapat info pantas yang telah kakda summarize kan hasil dari pembacaan dan study pasal train dan map Kansai since bulan 8 aritu.huhu)
Antara pass yang jadi pilihan akhir kakda untuk Percutian singkat kali ini ialah:
1. Kansai Thru Pass 3-Day (+- 5200yen)
2. Osaka Eco Card (800yen)
3. Osaka Amazing Pass 1-Day (2200 yen)
4. Hankyu Tourist Pass 1-Day (800yen)
5. Train dari Airport dan balik Airport KIX. (+- 2400yen)
Setelah melihat itinerary kakda yang agak pack tu, kakda dan suami decide untuk menggunakan Hankyu Tourist Pass 1-Day, Osaka Amazing Pass 1-Day dan tiket train untuk perjalanan singkat yang tak dicover oleh Hankyu Line dan train pulang balik ke Airport. Fuhh!!
[caption id="attachment_1285" align="aligncenter" width="700"]
Ramai yang konfius untuk pilih train pass apa yang paling efficient dan best.
Apa yang kakda nak kongsikan ialah, plan itinerary anda terlebih dahulu. Then cek bajet anda banyak mana. Kalau bajet ciput, so memang kena study dan fahamkan betul-betul pasal train line kat tempat yang anda nak cover.
Jangan terbeli pass yang cover kawasan yang anda tak plan nak pergi pun.
Contoh macam kakda, mulanya nak beli Kansai Thru Pass. Kalau diikutkan, Kansai Thru Pass ni memang best sebab dia boleh cover kawasan Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe dan juga beberapa kawasan yang agak jauh dan mahal tiket train kalau nak beli asing.
Selain itu, dengan menggunakan Kansai Thru Pass kita boleh gunakan semua line train yang ada kecuali line JR.
Tapi disebabkan Percutian kakda sangat singkat, so tak berbaloi nak beli pass ni. Sebab kebarangkalian untuk tak sempat nak cover kebanyakan kawasan yang dicover oleh Kansai Thru Pass tu adalah tinggi.hehe
Tapi kalau anda stay dalam 5hari, sebenarnya agak berbaloi gak ah untuk beli pass ni.
Beli pass 3 days pastu beli Osaka Amazing Pass pula untuk cover baki 2 hari lagi tu.
Walaupun kakda tak sampai lagi Jepun, tapi entry kakda ni agak poyo sebab macam dah tahu serba serbi lagaknya. Kan?hahaha..
Mohon study dan banyak spend masa baca blog Percutian ke Jepun. inshaaAllah anda akan lebih mudah faham dan senang nak plan perjalanan sendiri nanti. Oh ya, jangan lupa join group RTJ , Road To Japan di FB, banyak sangat info yang boleh kita dapat.
Anda mungkin meminati:
Tips Pilih Pass Perjalanan Paling Releven Semasa Bercuti Di Osaka.
Wau.. Nanti aku refer balik next year masa gi Jepun. Haha. Bestnya mami
ReplyDeleteKenapakah komen mu ini terlepas pandang untuk ku reply.haha
ReplyDeleteSalam kakda, sy nak ke jepun hujung june nnt.. memandangkan time tu sy dh 6months pregnant, xlarat nk bjalan sgt so ingat nk cover tmpat2 yg free n easy to go je lah.. hehe jd nak tny kakda apa pass yg plg ok nak amek klu sy just nk pergi bamboo forest, fushimi inari, osaka castle n usj.. klu amek osaka amazing pass ok tak? sy stay kt namba area (AirBnB) dari 27thjune-1st july 2018
ReplyDeleteTq in advance kakda!!
Wslm dik..
ReplyDeleteActually payah gk nak rekemen pass ni.
Sebab kakda tak sure itinerary adik macam mana.
Hari yang nak ke USJ tu, try consider Osaka Eco Card. Sebab mesti akan spend 1 hari penuh duk sana kan? Atau mayb just beli je tiket on the spot. Try la compare fare dia dari Namba ke USJ tu utk 2way.
Kalau nak p Osaka Castle saja, beli Osaka Amazing Pass mcm x berbaloi.
Sebab tak silap kakda, tiket nak masuk Osaka Castle sekitar 600yen je. OAP 1Day tak silap 2500yen.
So adalah lebih baik beli je Osaka Eco Card (+-500yen) + tiket masuk Osaka Castle 600yen.
Kalau nak ambik OAP, better p la tmpt round kat tmpt² yg free tu selain Osama Castle. Byk je lagi aktiviti free yg bole dibuat tuk preg mom. Contoh bole naik Dotonbori cruise. P Umeda Building. Naik Tempozan Ferris wheel n Santa-Maria Cruise pun ok. Sbb station Osaka-Ko tu xjauh sgt pun nak jalan smpi tmpt Ferris Wheel tu.
Kalau nak p Kyoto, ambik Hankyu Pass mmg murah. Tp Hankyu Pass x sampai Kyoto Station. Fushimi Inari tu pun x smpi. So, kena beli tiket lain utk ke sana. Tp rasanya tak mahal mana. Try cek kat Google maps.
Kalau nak senang dari Namba ke Kyoto Station, boleh ambik Keihan Line. Tp Keihan x smpi ke Arasyiama. Tp dekat dengan Fushimi Inari.heheh
Jadinya, kena beli tiket lain pulak la utk ke Bamboo tu.
Dan nasihat kakda, kalau malas nak serabut kepala fikir nak ambik pass mana, just beli Kansai Thru Pass. KTP cover seluruh Osaka, Kyoto, Nara, Kobe. Boleh naik semua line kecuali JRLines.hehe