Full Itinerary Percutian Bajet Ke Osaka September 2017
Sebelum kakda hilang ingatan, baik kakda siapkan entry ni cepat-cepat.haha
Entry ni mungkin agak melalut dan panjang sebab macam biasalah makin kakda eksaited, maka makin banyak yang kakda taip. (Mohon redha!! ^_^)
Kakda tahu, korang pun apa kurangnya. Eksaited OverLoad nak p Jepun. Kannn??haha
Okay. Jom Start.
(Percutian Bekpek Suami Isteri 2017: Refresh Hubungan Seperti Zaman Bercinta!Aummm)
26 September 2017 (Selasa)
Perjalanan dari Kota Bharu bermula lewat tengah malam. Penerbangan pukul 11.30pm menaiki AirAsia dipilih sebab tiket lebih murah dan senang nak tinggal anak-anak. Kononnya anak-anak dah tidur lah masa kami gerak.
Dan anak-anak dapat spend masa lebih lama dengan kami sebelum kami tinggalkan mereka untuk ke bumi Jepun.
Walau bagaimanapun, plan hanya plan. Last-last lepas Isyak, semua ikut abah ke masjid pastu abah drop kat rumah tokma.hehe
27 September 2017 (Rabu)
Sekitar pukul 12.30am, kapal terbang kami selamat mendarat di KLIA2. Husben kakda macam biasa landing je cari tandas.
Masa cari tandas, duk intai Surau (masih di dalam balai ketibaan) kot boleh tumpang tido.
Bila kakda cek, nampak ada sepasang kasut kat rak. Intai dalam, konfem ada orang tido. So kami pun decide untuk tido dulu sebentar di surau sebelum ke Tingkat 3 balai Perlepasan KLIA2 (Depature Hall). Eh, bukan tido sekali. Op kos la masuk surau ikut jantina masing-masing.haha
Ini pertama kali kakda tidur dalam surau. Pengalaman sangat!
Masa trip ke Bandung haritu, kakda tidur je kat kerusi area Capsule KLIA2. Tapi sakit badan. sebab takleh nak baring proper.
Tapi rupanya dalam surau pun sama. Tak selesa jugak sebab sejuk!hahah.. Tak dapat tidur jugak. Tidur-tidur ayam je lah jawabnya. Kalau korang banyak bajet lebih, boleh lah tidur kat Capsule.
Kakda punya stail, belasah je. Takdak anak, tak kisah tidur mana-mana. I is flexible! Yang penting jimat.haha
Pick-Up Travel Wifi
Pukul4 pagi, husben kakda kol. Katanya 'JOM!!'.. rupanya dia pun tak tahan sejuk dan takleh nak tidur. Sebab lantai surau airport kan sejuk. Mozek.Bukan karpet!hahah
Maka kami pun terus keluar dari Arrival dan cari kedai Tune untuk ambil Travel Wifi yang kakda booking secara online di website Travel Recommend.
Rate untuk Jepun yang TR bagi adalah RM18 sehari. Kita akan dapat 1 wifi router, 1 universal charger berserta kabel.
Travel wifi ni penting untuk memudahkan kita mendapat akses internet semasa di luar negara. Nak buka google maps contohnya kan, mesti ada line internet.
Boleh share sehingga 5 user kalau tak silap kakda. Dan betri nya tahan sehingga 6 jam. So kalau agak-agak nak jalan lama, sila bawak power bank incase wifi router ni habis batri.
Setel kat sini kami pun terus naik Tingkat 3 langsung ke Depature Hall. Print boarding pass, pastu breakfast kat KFC. Kenyang makan KFC, cari roti pulak. Takut benor kebulur!haha Roti tu untuk dimakan bila sampai kat Jepun nanti. Bekal-bekal!
Then, setel beli roti, kami pun masuk dalam. Lalui imigresen dengan tenang. Risau jugak kalau bag overload sebab kami tak beli lugagge. Kuota untuk beg yang boleh masuk dalam cabin cuma 7kg. Rasanya semua orang pun tahu kan.
[caption id="attachment_1721" align="aligncenter" width="650"]
Dan satu lagi yang buat kakda neves ialah takut makanan kotak Brahims tak lepas nak bawak masuk dalam cabin. Mujurrr lah ok je. Alhamdulillah.
Berkenaan dengan berat beg, sedikit tips untuk elak kita dari rungsing tak tentu pasal pasal berat beg, ialah sila lah beli Travel Scale. Kat Lazada pun ada. Jadi boleh cek sokmo berat, samada kurang dari 7KG atau lebih.
Alhamdulillah imigresen lancar dan tak lama kemudian azan Subuh pun berkumandang. Jadi cari lah surau. Solat lah kejap. Solat itu kan tiang agama. Walaupun travel, solat jangan tinggal ya adik-adik.hehe
Setakat ni alhamdulillah semuanya baik. Allah mudahkan.
Maka pada pukul8 pagi waktu tempatan which is KL lah kan, kami pun terbang ke Jepun dengan semangat yang berkobar-kobar. CANT WAIITTT!!haha
Penerbangan Mengambil Masa Lebih Kurang 6 Jam 30minit
Penerbangan ke Kansai Jepun mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih. Pertama kali bagi kami merasa penerbangan yang lama begini. Biasanya paling lama pun flight balik Sabah. 2 jam 45 minit.hahah
Penerbangan yang lama macam ni, penjualan makanannya adalah sebanyak 2 kali. Sebab tu kalau kita booking in-flight meal di website Airasia, dia akan suh beli 2 meal.
Memandangkan kami dah sarap kat KFC, kami tunggu lunch je lah baru makan. So tiap sorang order 1 meal saja. Dan masa 1st serve tu, kita just inform stewardess yang kita nak makan nantiii saja.
Seat untuk penerbangan antarabangsa ni ada macam-macam jenis. Kalau nak beli seat, boleh beli. Kalau jenis tak mau bising-bising, boleh beli seat di zone senyap.
Kalau nak duduk tepi sayap, silalah beli.
Kami redha je dapat seat mana. Sebab setahu kakda, kalau flight international, AA akan bagi seat bersama-sama dengan orang yang check-in dengan kita. Dia tak pisah-pisahkan. Berbeza dengan flight tempatan. Kalau tak beli seat, biasa mesti AA akan asingkan duduk. Sabo je lah.huhu
Perjalanan terasa lama sangat. Mungkin juga sebab ini adalah pertama kali travel jauh. Sampai satu masa, lampu dalam cabin akan dimalapkan untuk memberi peluang kepada penumpang untuk tidur dan berehat.
Kami pula, walaupun malam tu tak dapat tido dengan nyaman, kami still tak berapa dapat nak lelapkan mata jugak dalam flight ni. Agaknya sebab teruja nak tengok bumi Jepun!haha
[caption id="attachment_1725" align="aligncenter" width="650"]
Tiba Di KIX, 4pm
Lebih kurang pukul 4pm, kapal kami selamat mendarat di bumi Jepun. Subhanallah!! Tak pernah terlintas langsung dihati dan minda kakda, yang satu hari nanti kakda akan sampai di bumi Jepun ni. Langsung tak pernah! Tapi siapa kita untuk menidakkan perancangan Allah Yang Maha Hebat. Terima kasih Allah (huhu.. sebakk)
Kalau lah korang tahu, perasaan kakda masa ni ,masa kapal landing jaa, pastu mata laju terus melihat jauh keluar tingkap kapal terbang AA ni, melihat bumi Jepun (walaupun cuma kawasan sekitar airport) rasanya tu macam nak meletup eksaited. hahah
Nasib baik je pokok-pokok kat luar tu masih kaler hijau. Agaknya kalau dah bertukar kaler, mau melompat time-time tu jugak!haha
Menariknya di KIX, terminal ketibaan adalah berasingan dengan terminal utama. Jadi kita perlu naik train untuk ke terminal utama. Agak jakun kejap bila sampai-sampai je terus bergegas kejar train. Jepun sangat kan?hahah
Bagi kakda KIX agak simple. Tidaklah se gah macam KLIA2 yang rekabentuknya saja pun dah cukup hebat kelihatan.
Sampai di bahagian imigresen pun kakda rasa pelik. Jepun is very simple. Tak banyak songeh orang cakap. Langsung berbeza dengan KLIA2 kita. Proses nak lalu imigresen pun simple dan mudah je. Takdek nak bazir-bazir ruang. Pekerja imigresen duduk sebelah-sebelah je beratur sampai 4 orang. Kalau kat KLIA, mau 1km sorang je yang jaga.haha
Semua orang beratur gitu-gitu je. Tak tau nak cakap macam mana. Korang kena p sendiri baru faham apa yang kakda nak sampaikan ni.hahah
Kansai Tourist Information Center
Setel imigresen, sebelum p solat, kami terus ke Tourist Info Center untuk beli Hankyu Pass dan Osaka Amazing Pass.
Info center ni berada di area center Terminal Utama.
Senang cerita, keluar je dari ketibaan tu, terus ke kanan. Jalan sikit je nanti nampak la Tourist Information Center kat situ. Tapi korang jangan pulak keluar sampai pintu keluar Terminal Utama ni. Konfem lah tak jumpa!hahah
- Hankyu Tourist Pass 1 Day 800yen.
- Osaka Amazing Pass 1 Day 2500yen
- Dapat map Osaka, Kyoto dan Kobe. Sebab kita request hat ni jah. Kalau nak map lain, sila minta lagi.
Solat Di KIX
Surau ada di tingkat 3 berdekatan dengan Korean Air Lounge. Kalau korang jalan dan tak jumpa lagi Korean Air Lounge tu, maksudnya memang korang jauh lagi lah nak sampai. Sila jalan lagi dan lagi. Pasti jumpa.hehe
Ada surau untuk wanita dan lelaki berasingan. Dan suraunya jugak sangat selesa dan cantik. Bersih dan nyaman.
[caption id="attachment_1732" align="aligncenter" width="650"]
[caption id="attachment_1728" align="aligncenter" width="650"]
[caption id="attachment_1730" align="aligncenter" width="650"]
[caption id="attachment_1729" align="aligncenter" width="650"]
[caption id="attachment_1727" align="aligncenter" width="650"]
Rinku Outlet Menaiki Bas
Hari pertama ni memang tak dak plan nak p mana. Memandangkan Rinku Outlet ni dekat je dengan airport, maka kami decide nak p intai.
Niat nak cari kasut, tapi nampaknya semua stok adalah out season.
Rasanya memang outlet-outlet jual barang yang dah out season pun kan sebab tu murah.huhu
Pusing jugak tengok-tengok apa yang ada. Rinku Outlet ni rasanya dah lama kot. Sebab bangunan pun nampak macam agak lama lah. Tapi barangnya boleh tahan murah. Kalau nak beli, beli lah terus. Sebab memang konfem tak akan p sini lagi dah.
Cari BnB
Dalam pukul 7.30pm, kami pun gerak balik. Misi mencari BnB diteruskan. Alhamdulillah memang mudah je perjalanan kami. Dah macam balik kampung pulak rasa. Ni semua berkat rajin study sebelum p dan paling penting Allah permudahkan.
[caption id="attachment_1733" align="aligncenter" width="467"]
[caption id="attachment_1720" align="aligncenter" width="650"]
Perjalanan diteruskan. Follow je instruction yang diberikan oleh tuan rumah BnB. Lebih kurang pukul9 malam, kami selamat check in. Alhamdulillah. Tak sabar nak explore Jepun esok!hahah
Jom layan vlog pendek kakda. Part 1: Bercuti Ke Osaka Jepun September 2017
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=HrO-Yv9YxJo[/embed]
Nak tengok lebih banyak gambar dan info boleh refer album di FB kakda.
Full Itinerary Percutian DIY Ke Osaka, Kyoto dan Kobe, Jepun September 2017 (Part 2)
Penginapan Murah, Selesa, Dan Lengkap Hanya 5minit Dari Station Kitakagaya Osaka.
Info: Set Jerawat Khas Untuk Student, Berkesan Dan Mampu Milik
Assalamualaikum,saya nak tanya tentang kos penginapan di kyoto kerana insyaallah saya akan pergi ke jepun tahun depan bersama suami.Saya ingin mencari tempat penginapan dengan harga yg berpatutan.Boleh tak kakda berikan butir2 untuk penginapan di sana? Terima kasih , semoga allah memberkati dan merahmati hidup kakda sekeluarga. Amiin.
ReplyDeleteWaalaikum salam Puan Haliza. Ala.. Jelesnya saya puan nak ke Jepun.hahah
ReplyDeleteAnyway, minta maaf sangat-sangat. Sebab saya tak stay pun kat Kyoto. Saya balik hari.
Bermalam di Osaka sahaja sepanjang 3malam tu. Plan asal memang nak stay Kyoto jugak, tapi memandangkan tak jumpa penginapan yang sesuai dengan bajet, so kami decide untuk stay 1 tempat saja.
Perjalanan ke Kyoto dari Osaka, lebih kurang sejam lebih kalau naik subway.
Tapi kalau naik Shinkansen, tak silap belas minit saja dah sampai.
ohh..saya nak tanya brape harga hotel di Osaka tu.Boleh tak saya nak tahu mcm mana nk hubungi hotel itu?terima kasih..
ReplyDeleteWaalaikumusalam Puan. Untuk penginapan boleh refer entry ini.
ReplyDeletehttp://mamikembar.com/cadangan-tempat-penginapan-yang-murah-lengkap-dan-selesa-homestay-airbnb-hikaru-san-di-osaka/
asalamualaikum puan.
ReplyDeleteboleh saya tahu sakai city tue di osaka town ker ?? or jauh dari osaka town?
Wsalam w.b.t Iswana.
ReplyDeleteMaaf lambat sangat respon.
Kalau ikut map, Sakai City tu antara KIX dan Namba. Naik Nankai-Kuko Line.
Osaka town saya tak sure cover kawasan mana.
Tapi rasanya kalau ikut pada area yang ramai orang, kat osaka yang femes sekitar Shinsaibashi, Dotonbori, Namba semua tu.
So kalau dari Station Namba (station tempat kita naik ke Airport) kena ambik Nankai-Koya Line untuk ke Sakai City dalam 15minit je.\
Maaf puan kalau info saya tak membantu.
Sis... saya akan pergi bulan APril ni
ReplyDeleteNak minta advice sis
Plan nak ke osaka, nara & kyoto jek
What Pass should i buy ? Kintetsu ok tak ?
Btw, tujuan nak experience sakura & hanami jek...
Pls advise sis
Tenkiu sgt sgt ya
SEn
Penang
senutha@gmail.com
Hai Sen.
ReplyDeleteBagi sy, nak pilih pass ni agak complicated sikit.
Try cek iti.
Mayb boleh beli beberapa jenis pass ikut bajet yg sesuai.
Tapi kalau malas nak fikir, boleh try Kansai Thru Pass. Sebab KTP ni cover semua tempat yang U nak pegi tu.
Boleh naik semua line train dan subway kecuali JR Line.
Salam.
ReplyDeleteSis.. Saya nak tanya, osaka amazing pass n kansai thru pass kene beli online then tukar kat sana ker? Atau boleh beli kat sana terus?
Wslm Nurul Faizah,
ReplyDeleteTq sudi singgah di blog akak.
Pass tu bole beli kat KIX di Information Center.
Tapi rasanya ramai jugak yang beli dari sini, cuma yang tu akak xtau.
Sebab akk memang beli kat KIX masa sampai tu.
Salam Kakda, nak tnya tentang travel wifi tu...is it unlimited atau ada quota terhad mcm 1gb sehari? And berdasarkan pengalaman, kakda rasa tahan tak 6 jam? memang perlu bawak powerbank ye sekali time travel?
ReplyDeleteWslm Najwa.
ReplyDeleteSori dah tak ingat lak berapa kuota sehari. Najwa try masuk dalam website Travel Recommend tgk. Tp kalau setakat nak guna utk map, cukup je smpi ke malam.
Betri mmg tahan dlm 6jam je.
Hari last b4 balik tu, k.da jalan smpi malam dan tak ingt bwk kabel bateri bank. So mmg mati la router tu.haha
Tp nasib baik k.da pun dah faham cara baca map manual. So x risau mana.hehe
Assalamualaikum kak da, brp yea bajet utk pengangkutan sepanjang bercuti di osaka? termasuk pergi dan balik ke airport? sudilah membalasnya yea sebabnya saya pon bercadang nak k osaka tp pening arr dengan Pass yang patut saya beli
ReplyDeleteWslm Noorsyima..
ReplyDeleteBajet utk transport actually memang besar.
Tengok pada tempat nak p dan jumlah hari kita stay di Jepun.
So, kalau tanya bajet berapa, akak takde jawapan.
Cumanya, sedikit tips untuk plan bajet utk transport.
Plan aktiviti betul-betul.
Dan tak payah cover banyak tempat terutama yang Line Train dia berlainan.
Kalau bole pilih pass dan cuba study apa tempat menarik yang kita boleh sampai dengan menggunakan pass tu.
Melainkan kalau memang bajet besar, boleh lah beli je tiket on da spot dan p semua tempat yang ada dalam checklist.
Tapi kalau sikit macam kakda, sila rancang betul-betul.hehe