Kenapa Muka Ada Whitehead
Jom baca info ringkas ni. Kenali 10 sebab muka kita mudah ada whitehead.
10 Sebab Utama Whitehead
1. Muka Berminyak
Kulit muka yang berminyak buat liang pori mudah tersumbat. Liang pori yang tersumbat akan buat muka ada whitehead.
2. Kotoran
Kotoran yang melekat di kulit muka jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya akan menyebabkan liang pori tersumbat. Sebab tu whitehead banyak kat muka.
3. Sel Kulit Mati
Setiap hari memang ada sel kulit yang mati. Sel-sel kulit mati yang terkumpul dibawah kulit akan menyebabkan liang pori tersumbat dan terjadilah whitehead.
4. Jarang Basuh Muka
Kadang wanita yang period, bila berjalan ke mana-mana malas nak cuci muka. Ubah tabiat anda! Cuci lah muka dan tepek mekap yang baru. Lagi cun tau!hee..
Apa Beza Whitehead Dan Blackhead?
5. Kulit Kurang Nutrisi
Kulit yang kurang nutrisi mudah dijangkiti bakteria. Bakteria mempercepatkan lagi pembentukkan whitehead di muka. Topup vitamin anda!
6. Rambut Kotor
Jangan biarkan rambut anda kurang bersih. Kotoran dari rambut boleh masuk ke dalam folikel kulit dan buat ia tersumbat. Rajin-rajin syampoo rambut!
7. Produk Muka
Salah memilih produk muka boleh menyebabkan kulit jadi terlebih berminyak. Keadaan muka dengan minyak berlebihan mudah buat liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat dan whitehead.
8. Cadar Dan Sarung Bantal Kotor
Tukar cadar dan sarung bantal lebih kerap terutamanya jika anda mempunyai masalah kelemumur. Kelemumur merupakan salah satu kekotoran yang boleh buat muka ada whitehead.
9. Pakai Sunblock Muka
Jika terpaksa membuat aktiviti di tengah panas, gunakan sun protector khas untuk muka. Sunblock yang khas untuk full body kurang sesuai kerana ia mudah buat liang folikel kulit jadi tersumbat.
10. Elakkan Makeup Terlalu Lama
Produk kosmetik merupakan punca terbesar kepada whitehead. Elakkan dari terlalu lama mengenakan bahan-bahan kosmetik kerana ia menyebabkan kulit muka tak dapat bernafas dan tersumbat.
Kesimpulannya punca terbesar kenapa muka dan hidung kita ada whitehead adalah disebabkan oleh liang pori-pori muka tersumbat oleh minyak berlebihan, sel kulit mati dan kotoran.
Anda mungkin meminati:
Macam Mana Blackhead Terjadi ?
Comments
Post a Comment