Pengalaman Bercuti Ke Hatyai Dengan Kereta Sendiri Bersama Anak Kecil

Percutian Bajet Ke Hatyai Disember 2017


Hujung minggu ni kita santai-santai ya. Kita tinggal jap bab-bab suplemen, kecantikan, kesihatan, vivix dan semuanya.hahha

Hari ni kakda nak share cerita pengalaman bercuti ke Hatyai Disember lepas.

Ikutkan hati malas nak tulis, tapi ini kan memori. Kena lah abadikan. Korang tak nak baca pun takpe. Kakda sendiri yang nak baca. Macam diary lah. Rindu-rindu baca balik. ahahah

Tips Ke Hatyai


Tips ke Hatyai ni sudah banyak dikongsi di blog-blog lain. Kakda nak share tips pun takdak mana. Korang p baca blog lain la k. Banyakkk sangat. Kena rajin-rajin lah p google.hahah

Sebab tips kakda ni tak lengkap. Gitu-gitu je. Lagipun trip ke Hatyai ni, kakda takdelah beriya mana. Sebab Hatyai ni kat sempadan Kelantan je kan. (Well takdelah maksud kakda betul-betul sempadan, tapi begitu lah lebih kurang,haha)

Kalau korang nak juga tips dari kakda, nanti kakda selit-selit sambil bercerita. Okay?

(Day 1) 21 Disember 2017


Kami bertolak seawal 7.30am ke Pengkalan Kubor. Road trip ni melibatkan 4 buah kereta (tapi 3 buah lagi akan proceed ke Krabi). Janji jumpa di Imigresen Pengkalan Kubor pukul 8.30am.

Kalau dari Kelantan, ada 2 jalan masuk ke Thailand. Satu melalui Rantau Panjang, dan satu lagi melalui Tak Bai.

Jika ke Pengkalan Kubor, kita akan masuk Thailand melalui Tak Bai. Jika masuk melalui Rantau Panjang, kita akan masuk ikut Golok (Sungai Kolok kalau ikut ejaan di sebelah Siam sana.hehe).

Kami pilih masuk ikut Tak Baik sebab Pengkalan Kubor lebih dekat dengan Kota Bharu. Cumanya kalau ikut Tak Bai, kita kena naik feri kenderaan untuk cross sungai Golok.

Kalau ikut Rantau Panjang, jalan terus. Tak payah tunggu-tunggu. Cuma lebih jauh untuk mereka yang stay Kota Bharu.

Masa nak keluar dari Thailand pula, pintu masuk ke Malaysia melalui Tak Bai tutup lebih awal sekitar pukul 5pm. Kalau dari Golok, tutup pukul 10pm.

Jadi kena ingat, kalau nak balik nanti, pastikan masuk Malaysia sebelum pintu masuk ditutup. Kalau terlepas, alamatnya bermalam lah korang di sempadan.haha

Tak Bai close at 5pm

Su-ngai Ko-lok close at 10pm

Perjalanan Ke Hatyai Mengambil Masa Lebih Kurang 3 ke 4 jam.


Perjalanan ke Hatyai tak lama. Yang lamanya adalah proses nak masuk Thailand.

Menunggu feri saja dah sejam lebih.huhu.. Hat tu paling lama. Yang lain cepat je. Kastam pun cepat je setel. Oh ya, beli simkad pun lama sebab kami ramai. Pakat nak pakai sorang satu.haha

Sebelum meneruskan perjalanan, singgah lah beli simkad. Tapi bagi pengguna U-Mobile pakej macam kakda bil RM78 sebulan, korang boleh call Service Center untuk aktifkan Roaming.

Roaming untuk negara Thailand PERCUMA. Jadi call awal-awal untuk aktifkan roaming. So tak payah lah bazir duit beli simkad walaupun harganya murah.hehe

Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam


Ini itinerary ringkas percutian kami.

21 Disember 2017 (Khamis)



  • Bertolak ke Hatyai

  • Stay Diamond Hotel dekat sangat dengan Lee Garden. (Hot Area)

  • Sampai pukul 5pm, check in, mandi solat.

  • Makan lunch + dinner di Restoran Salma.

  • Asian Nightmarket

  • Balik hotel


22 Disember 2017 (Jumaat)



  • Sarapan pagi di Restoran Kelantan

  • Shopping buah di pasar pagi berdekatan pasar Kim Yong

  • Bertolak ke Chang Puak Camp (Naik gajah)

  • Solat Jumaat di masjid berdekatan

  • Floating Market (tak jadi pergi)

  • Lunch lewat di Restoran Salma.

  • Dinner di Kai Tod Decha & Seafood

  • Pasar malam sekitar Lee Garden.

  • Balik hotel tidur.


23hb Disember 2017 (Sabtu)



  • Check-out hotel

  • Sarapan di Restoran Khaled

  • Tesco Lotus di tepi highway (tak jadi singgah)

  • Shopping di Tak Bai

  • Setel di imigresen Tak Bai

  • Cross sungai pukul 3pm

  • Lunch lewat di Kota Bharu dan solat

  • Pukul 6pm sampai rumah.


Ini je itinerary percutian kami selama 3 hari 2 malam.

Jom layan gambar bercerita.hehe

[caption id="attachment_2535" align="aligncenter" width="700"] Borang ni boleh dapat masa di imigresen. Isi kedua-dua kad. Arrival dan Departure. Kena tahu nama hotel apa nak stay semasa di Hatyai.[/caption]

[caption id="attachment_2536" align="aligncenter" width="700"] Insuran kereta.[/caption]

[caption id="attachment_2537" align="aligncenter" width="700"] Dapat flat number Siam. eksaited!hahah[/caption]

[caption id="attachment_2538" align="aligncenter" width="700"] Menunggu feri dengan sabar. Mujur geng konvoi ramai, takdelah bosan nunggu.huhu[/caption]

[caption id="attachment_2539" align="aligncenter" width="700"] Isteri sepupu husben. Dia pun ada anak kembar. hehe[/caption]

[caption id="attachment_2540" align="aligncenter" width="700"] Husben ku yang pakai spek nuhh. (Sakan gelak ye bang..)[/caption]

[caption id="attachment_2541" align="aligncenter" width="700"] Tiket feri lebih kurang RM8 kot?haha.. tak ingat dah.[/caption]

[caption id="attachment_2542" align="aligncenter" width="700"] Singgah di RNR Pattani. Beli buahhh.. puas hati makan.haha[/caption]

[caption id="attachment_2543" align="aligncenter" width="700"] Popcorn ayam kat gerai sebelah gerai Spicy tu sedappp dan pedass![/caption]

[caption id="attachment_2544" align="aligncenter" width="700"] Tandas di sana semua macam ni. huhu..[/caption]

[caption id="attachment_2545" align="aligncenter" width="700"] Nenek dan Nuur selfie untuk kenang-kenangan. Aumm.haha[/caption]

[caption id="attachment_2546" align="aligncenter" width="700"] Yusuff, Ahmad, Muhamad, Nuur.[/caption]

[caption id="attachment_2547" align="aligncenter" width="700"] Dua pasang kembar! Kembar yang besar tu anak kepada sepupu husben.[/caption]

[caption id="attachment_2548" align="aligncenter" width="700"] Lebih kurang pukul 5pm, kami check in di Diamond Hotel. Hotel ni besar tapi dah lama. Kat Hatyai ni kebanyakan hotel semua besar-besar dan murah. Tak jumpa hotel taraf hotel rumah kedai. Tapi kalau p musim cuti macam ni, hotel automatik jadi mahal. Macam biasa lah kan. Peak Season! Tapi ok lah tak payah nak drive sokmo. Boleh jalan kaki saja. Melainkan tempat yang jauh-jauh.[/caption]

[caption id="attachment_2549" align="aligncenter" width="700"] Asian Night Market. Mai sini naik Tuk-Tuk. Tambang 100bath untuk kami 3 dewasa dan 4 anak-anak. Kat sini ada food court di tingkat atas. Kalau nak p sini, pastikan perut kosong supaya dapat enjoy semua makanan sedap-sedap kat atas tu. Berlambak street food. Masa ni lah nak cuba semua makanan! Seronok!![/caption]

[caption id="attachment_2550" align="aligncenter" width="700"] Penat shopping kat bawah kami naik atas. (which is mak kakda je yang banyak shopping sebenarnya. Kakda beli baju tido untuk anak-anak je. haha) Sebelum mai sini kami dah makan kat Restoran Salma (sedapppp), jadi perut masih kenyang. Tapi bila tengok makanan kat sini berlambak, rugi pulak rasa sebab tak dapat nak makan banyak kat sini.huhu[/caption]

[caption id="attachment_2551" align="aligncenter" width="700"] Ramai orang kata ini sedap! Penkek pisang![/caption]

[caption id="attachment_2552" align="aligncenter" width="700"] View dari atas. Kakda snap sambil tunggu penkek pisang siap. Berlambak baju-baju. Macam-macam ada. Jeans murah pun ada. Mak kakda borong 2 helai jeans saiz XXL RM80 dua pasanag lebih kurang. Kainnya boleh tahan selesa jugak la.(syukur la nakk..haha!)[/caption]

[caption id="attachment_2553" align="aligncenter" width="700"] Lepas beli penkek pisang, singgah beli Pulut Mangga pula. Nyummy!!haha[/caption]

[caption id="attachment_2554" align="aligncenter" width="700"] Kakda menunggu dengan tenang. Nebes abe Pulut Mangga nak siapkan order kami. haha. Nak cari makanan murah, cari je kedai yang ada tulis 'HALAL'. InshaaAllah muslim lah yang jual tu.[/caption]

[caption id="attachment_2555" align="aligncenter" width="700"] Nenek dan Yusuff. Orang kat belakang bukan suamiku. Dia tu takde kaitan langsung dengan kami.haha[/caption]

[caption id="attachment_2556" align="aligncenter" width="700"] Sepanjang berada di Hatyai, duk pulun beli Pulut Mangga sebab anak-anak kakda is suka sangat makan pulut mangga ni. Kakda is first time makan. Ok jugak. Not bad. Sedap jugak la. Pulutnya lemak manis. Mangga tu masam manis. Pastu disiram dengan kuah santan lemak. Dapat imagine tak? haha[/caption]

[caption id="attachment_2557" align="aligncenter" width="700"] Day 2 kami sarapan di Restoran Kelantan. (Kelate jugok nyo cari!) Mula-mula tu nak sarapan di Restoran Salma, tapi kat sana tersangat lah ramai orang. Siap ada menunggu di luar.fuhh! Untung Salma. Kami malas nak tunggu. Jadi kami cari kedai lain. (jalan kaki je)[/caption]

[caption id="attachment_2558" align="aligncenter" width="700"] Banyak pilihan makanan. Tapi bagi kakda makanan kat sini tak sedap. Kalau setakat untuk alas perut, boolehh laa.. Kat sini pun ramai juga rakyat Malaysia makan. Hampir penuh meja-meja.[/caption]

[caption id="attachment_2559" align="aligncenter" width="700"] Nenek cun dan cucu-cucunya yang bijak pandai dan aktif , buat mama sokmo mengamuk.haha[/caption]

[caption id="attachment_2560" align="aligncenter" width="700"] Nenek yang sudah bakal berusia 56tahun pada 2 Feb ini. Shaklee Effect sangat kan?haha (Nak tahu suplemen apa yang nenek makan, wasap kakda.haha)[/caption]

[caption id="attachment_2561" align="aligncenter" width="700"] Lepas siap bersarapan, jalan kaki lagi ke pasar pagi. Pasar ni dekat je dengan hotel. Sebenarnya semua tempat pun dekat-dekat je sebab memang kami stay hotel di pusat bandar. Tips cari hotel, cari yang dekat Lee Garden Plaza. Kalau stay area sini, memang boleh hidup. Jalan kaki ja. Tak payah naik Tuk-tuk.[/caption]

[caption id="attachment_2562" align="aligncenter" width="700"] Niat asal nak cari kuih-kuih untuk ditapau ke Chang Puak Camp (gajah). Tapi punya main susah nak cari penjual muslim jual. Yang muslim jual lauk basah, kacang-kacang dan buah. huhu[/caption]

[caption id="attachment_2563" align="aligncenter" width="700"] Buah kat sini mahal dari Tak Bai. Next time mai sini, tak mau beli dah.huhu..[/caption]

[caption id="attachment_2564" align="aligncenter" width="700"] Sebelum bertolak ke Chang Puak Camp, kami naik bilik dulu sebab anak-anak nak berak.haha[/caption]

[caption id="attachment_2565" align="aligncenter" width="700"] Setel berak kencing semua, kami pun drive sendiri ke Chang Puak Camp. Kat sini misi utamanya adalah nak bagi anak-anak rasai pengalaman naik gajah. Cerita pasal naik gajah ni kakda ada tulis di entry yang lain. (Link kat bawah nuhh)[/caption]

[caption id="attachment_2566" align="aligncenter" width="700"] Nenek dan Nuur sedang perati gajah yang bakal di tunggangi kejap lagi.[/caption]

[caption id="attachment_2567" align="aligncenter" width="700"] Makcik-makcik kat bawah tu tengah buat aktiviti Elephant Feeding.[/caption]

[caption id="attachment_2568" align="aligncenter" width="700"] Elephant riding ni mengambil masa lebih kurang 15minit. Si kembar naik bersama bapaknya. So, mamaknya kebetulan duk belakang. Boleh lah snap-snap picture. Gituuuu..[/caption]

[caption id="attachment_2569" align="aligncenter" width="700"] Untung mereka yang didepan, banyak gambar. Kakda langsung tak dok. Nenek dan Nuur lagi kesian. Masa kami dah habis pusing, gajah dorang baru nak start jalan. Planning asalnya, kakda akan ambik gambar kembar dari belakang dan gambar Nuur n Nenek dari depan. Tapi tulah, kita pun takleh nak agak bila giliran kita sampai.[/caption]

[caption id="attachment_2572" align="aligncenter" width="700"] Lepas naik gajah, kami pun bergegas cari masjid. Masjid ni masjid berdekatan yang kami jumpa.[/caption]

[caption id="attachment_2570" align="aligncenter" width="700"] Sambil tunggu abah siap solat, suap anak-anak makan pulut mangga lagi. Kami dah siap beli 4 bungkus pulut mangga ni awal-awal lagi.[/caption]

[caption id="attachment_2571" align="aligncenter" width="700"] Sebenarnya nenek pun suka sangat makan pulut mangga. Tapi sebab cucu-cucu nya nampak taksub sangat, maka nenek surrender.huhu[/caption]

[caption id="attachment_2573" align="aligncenter" width="700"] Lepas solat Jumaat, kami sepatutnya akan ke Floating Market. Tapi disebabkan duit kami dah habis sebab bayar fee Elephant Riding (500bath/pax dewasa, 250bath/pax kanak2), jadi kami cari Money Changer terlebih dahulu. Buka maps, cari punya cari last-last Floating Market makin jauh dalam masa yang sama hotel Diamond kami semakin dekat. Anak-anak pula dah ketiduran dalam keta, kat luar juga hujan. Jadi, kami decide untuk cancel trip ke Floating Market. Kami terus lunch di Restoran Salma lagi sekali. Cuma kali ni kami order ala carte. Kakda order Mee Hailam, langsung tak sedap.haha! Malam tu kami makan pulut ayam di Restoran Kai Tod Decha & Seafood. Sebenarnya pulut ayam ni, kita boleh beli je kat pasar malam tepi Lee Garden Plaza. Kat sini boleh makan masakan panas Siam yang bermacam jenis lagi ada.[/caption]

[caption id="attachment_2574" align="aligncenter" width="700"] Untuk sampai ke restoran ni kami hanya berjalan kaki. Makan malam kami tak berapa sedap sebab perut masih kenyang makan di Salma petang tadi.haha[/caption]

[caption id="attachment_2575" align="aligncenter" width="700"] Pulut Ayam! Habis makan kami jalan kaki lagi balik hotel. Singgah di pasar malam sebelah Lee Garden Plaza dan shopping tshirt untuk anak lelaki kakda. Lepas tu naik tido![/caption]

[caption id="attachment_2576" align="aligncenter" width="700"] Esoknya lepas check out, kami singgah di Restoran Khaled ni untuk sarapan. Sarapan kat sini jauh lebih sedap daripada makan di Restoran Kelantan.[/caption]

Tiket Naik Gajah Di Chang Puak Camp Hatyai.

Fuhhh.. puas hati upload gambar. Sekian trip ke Hatyai kami. haha!

Jom layan Vlog pula.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=z887Ulf86dA[/embed]

 

 

 

Comments

  1. waduh kak ros. Memang sedap kan.haha

    ReplyDelete
  2. Kak da boleh tak saya ws kak da nak tye pasal ke hatyai ??

    ReplyDelete
  3. Kak da boleh tak saya ws kak da nak tye pasal ke hatyai ??

    ReplyDelete
  4. Boleh je. Tp xtau la dpt menjawab ka x soalan.hehe..

    ReplyDelete
  5. Khai tod decha tu wajib... sedap jgk tomyam dia

    ReplyDelete
  6. Yaka? ala..kena p banyak kali lagi ni. Tak sempat makan masakan panas sebab memang aim pulut ayam ja. Tak tau nak sumbat mana lagi kalau order aritu!haha

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Nak tanya. Time dkt kastam border di pengkalan kubor tu pegawai tu ada mintak apa apa dokumen tak? Kami nak pergi Jan 2019 ni dari kota bharu.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Salam Fara.Maaf. Macam dah tak berapa ingat la pulak.hehe

    ReplyDelete
  9. waaahh bestnya..inshaallah akan ke haytai soon

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..seronok bc pkongsian holiday kak Da..nk tnya kak Da buat tukaran duit kat mn ye sblm msuk sempadan tu? money changer yg kak Da cari tu ada dekat2 dgn bndr Hatyai tu ke?

    ReplyDelete
  11. Wslm iema. Terima kasih sudi baca perkongsian kakda.

    Kakda tukar duit kat sini (money changer kat KL). Then masa kat Hatyai tu tukar lagi sekali. Money Changer kat depan Lee Garden Plaza.

    Better sebelum masuk Thailand, tukar dulu sikit. Dan spare duit RM incase tak cukup, masa kat Hatyai bole tukar lg.

    ReplyDelete
  12. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment