Tips Jika Nak Bercuti Ke Hatyai Naik Kenderaan Sendiri

Masuk Hatyai Drive Sendiri. Mudah ke?


Memandangkan share untuk entry Pengalaman Bercuti Ke Hatyai Drive Sendiri agak tinggi, jadi kakda nak buat satu entry tips special untuk pembaca blog kakda.

Ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang yang nak cuba bawa kenderaan sendiri untuk memasuki Thailand melalui Kelantan.

Jom baca apa checklist yang korang kena fikirkan sebelum bertolak ke Hatyai.


1. Insuran Kenderaan


Jika nak masuk Thailand menggunakan kenderaan sendiri, pastikan beli insuran kenderaan. Dokumen yang diperlukan untuk buat insuran ni adalah Geran Asal kenderaan anda. Bukan yang fotostat ya.

Pastikan Kenderaan Nama Sendiri


Pastikan kenderaan yang nak di pandu adalah kenderaan berdaftar atas nama kita sendiri. Kalau pinjam kereta orang lain, contoh pinjam kereta mak atau kereta kawan, pastikan ada Surat Sumpah yang mengatakan bahawasanya tuan punya kereta bagi izin kita pakai kereta dia.





Harga insuran adalah bergantung kepada jenis kenderaan yang kita pandu. Kereta kami (Xtrail) dicaj sebanyak RM30.

Kami yang stay di Kota Bharu, beberapa hari sebelum masuk Siam, akan setelkan dulu hal-hal insuran ni. Macam suami kakda baru ni, dorang p setel kat Rantau Panjang.

Tapi sebenarnya, hal insuran ni boleh setel terus masa hari kita nak p. Tak perlu pun setelkan awal-awal. Cumanya, kalau kita yang tak tau dokuemn apa yang perlu disediakan, haru jugak lah nak patah balik KL kalau dokumen tak cukup lengkap.haha

Kenderaan Syarikat.


Ni satu hal lagi. Kalau guna kenderaan syarikat, banyak dokumen kena sedia. Pastikan lengkap ya.

Selain geran asal, dokumen-dokumen sokongan ini perlu disedikan:

  • Geran Asal dan fotosatat

  • Borang 24

  • Borang 44

  • Borang 49

  • Directors' Resolution

  • SSM (pastikan tak expired)




2. Tukar Duit Awal


Sesetengah orang memang ada je yang jenis last minit tukar duit, kakda cadangkan tukar lah lebih awal.

Jika ke KL, tukar la kat sana. Kat KL banyak money changer yang rate penukarannya agak berbaloi. Kakda pun tukar duit kat sana baru ni sebab memang kebetulan turun KL sebelum ke Hatyai.

Money Changer kat Kota Bharu pun ada. Tapi kakda tak pernah try lagi. Tak sure rate dia macam mana.

Jika kehabisan duit semasa di Hatyai, kat depan Lee Garden Plaza ada beberapa buah Money Changer. Rate dia boleh tahan berbaloi berbanding tukar duit di Tak Bai.

3. Insuran Perjalanan


Tak perlu ambik sebab insuran kenderaan yang kita bayar tadi tu dah cover untuk insuran semua penumpang. Tapi kalau nak ambik lebih no problem. Boleh je. Lagipun insuran perjalanan ke Thailand murah je.

4. Passport Atau Pass Sempadan?


Untuk rakyat Kelantan (wajib no ic kelantan) boleh je masuk Hatyai guna Pass Sempadan atau Border Pass. Nak buat border pass ni bayarannya cuma RM10. Boleh klik sini untuk lebih info.

Kalau nak p jauh lagi sampai ke Krabi, sebaiknya buat passport kumpulan (jika tiada passport personal). Passport berkumpulan lebih murah dan boleh share ramai-ramai. Jimat kos!


5. Bahasa Komunikasi


Kalau boleh cakap Siam, cakap lah siam. Kalau tak boleh, cakap English. Tak boleh jugak, cakap je Melayu. Kalau penjual tu tak faham jugak, sila blah. Cari kedai lain! hahha

Di Hatyai ni kebanyakannya tak berapa pandai cakap Melayu. Kot? kakda tak tau sangat sebab baru pergi sekali.

Tapi setakat yang kakda perati, kalau p pasar pagi penjual muslim dan non-muslim tak pandai cakap Melayu. Kalau makan di restoran, pekerja boleh cakap Melayu. Di hotel cakap English. Di Asean Night Market boleh cakap Melayu. Di tempat gajah pun ada staf yang pandai cakap melayu. Tapi pakcik driver gajah tak boleh cakap melayu.

Kesimpulannya, kat Hatyai ada je yang boleh cakap melayu (tak lancar tapi boleh lah), ada juga yang boleh speak Oh My English. Tapi still wujud yang memang satu haram perkataan pun tak pandai cakap dan tak faham BM nor BI. Jadi? Pandai-pandai korang lah nak hidup. haha

6. Tuk-tuk atau Drive Sendiri


Terpulang nak p mana. Cuma kena ingat, minyak di Thailand ni mahal. Kami masuk Siam fulltank, balik Kelantan di Pengkalan Kubor baru isi. Tu pun dah kuning,haha.. 'Sedang molek lah' ore kelate cakap.

7. Tak Takut Ka Masuk Hatyai? Kan Kat Sana Bergolak?


Cerita takut tak takut pasal Selatan Thailand bergolak ni bukan masalah korang je, ni masalah kakda juga.

Bukan korang je yang takut okay. Kakda pun takut juga. Kalau tak takut, takdelah sampai 8 tahun nak tunggu baru berani p Hatyai. haha

Tapi yang kakda perasan, askar banyak di Pattani je. Start dari Tak Bai memang dah ada askar. Makin naik ke atas, makin banyak askar. Tak sure la dalam berapa KM mesti ada post askar.

Tapi lepas je Pattani menghampiri Hatyai, askar dah hilang. Ada juga post dia, tapi kadang macam takdak askar pun tunggu. Kat Pattani memang banyak.

Kalau dia tahan dan tanya, just cakap je "holiday..holiday" sebab kadang dorang pun tak pandai cakap English. Tau kecek Siam saja.

Kat setiap post askar tu, ada dia letak board muka-muka penjenayah yang dorang cari. Jadi kalau muka korang ada iras-iras muka penjenayah, berjaga-jaga lah.huhu.

Ada sekali tu, askar pandang muka suami kakda bukan main lama. Tajam pula tu! Mujur lah suami kakda pun lawan balik tentang mata dia. Agaknya kalau buat muka panik, mesti askar tu suh turun dah.haha!

8. Ubatan / Suplemen


Jangan lupa untuk membawa bersama beberapa jenis ubatan dan suplemen sepanjang berada di sana.

Ketahui Jenis Ubat Dan Suplemen Paling Sesuai Untuk Travel

Selamat Bercuti Ke Hatyai


Itu saja tips yang kakda nak bagi. InshaaAllah kalau mai teringat sesuatu, kakda akan edit balik entry ni. Jangan lupa baca entry Pengalaman Bercuti dan entry pasal Tips Dan Harga Tiket Naik Gajah . Manatahu ada info yang korang perlukan dan tiada dalam entry ini.

Comments

  1. Kat mna kak da..nk beli insurans tu..ade post kat situ ke

    ReplyDelete
  2. Salam Syamsye.
    Boleh beli terus kat imigresen. Ada jual sana.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    nak tnya proses chop imegresen kat thailand susah tak..if kita ada bawa orang yg tak boleh berjalan dan beratur macam mana yer..

    ReplyDelete
  4. Wslm..
    Rasanya memang wajib tunjuk muka tuan punya badan.

    Sebab dorg nak scan muka kita. Mesti sama dengan gmabr dlm passport.

    ReplyDelete
  5. Kalau nak drive dkt thailand kena ada international license jgk ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wawa.
    Tak perlu pun international license. 😊

    ReplyDelete
  7. As'salam janda
    SSM tu utk apa beli barang secara banyak ke.

    ReplyDelete
  8. Wslm Rizan. Kakda bukan janda.huhu
    SSM tu lesen niaga.
    Kalau kita bawak kereta company, kena sedia document ni.
    Kalau bawak kereta sendiri, nama sendiri, tak payah sedia.

    ReplyDelete
  9. Salam kakda. Nak tanya sikit pasal surat sumpah kebenaran owner kereta tu.

    Surat sumpah tu nak buat macam mana ya? Just surat biasa jer ke??

    ReplyDelete
  10. Wslm Amin Syammir, Nak buat surat sumpah just mintak sign Pesuruh Jaya Sumpah.

    ReplyDelete
  11. salam kakda. white form & TM from tu boleh dapat kat imigresen sana je eh? ada cas untuk setiap borang ke?
    Surat kebenaran bawa masuk kenderaan perlu ada juga ke?

    ReplyDelete
  12. Wslm Ara,
    Borang tu ambik kat imigresen dan tak payah bayar.
    Cuma insuran kenderaan tu memang kena bayar.

    ReplyDelete
  13. Surat sumpah kebenaran guna kenderaan ibu/bapa macam mana ya?

    ReplyDelete
  14. Reka sendiri je Encik.Yang penting nanti g minta sain kat Suruhanjaya Sumpah.
    Ada sain ibu/ayah sbgi bukti bagi izin pakai keta dia.

    ReplyDelete
  15. salam kakda...

    mmg dh expert ke jalan sana? sy first time nk pergi, niat nk gna kereta sendiri..

    klu sini blh guna waze.. sana cmne ea?

    ReplyDelete
  16. Hai Fizie.. Wslm
    Kakda pun 1st time jugak p. Kami on google map ja. Senang ja jalan sana. InshaaAllah guna waze pun Ok ja.

    ReplyDelete
  17. wow menarik ni.. total kos berapa semuanya..

    ReplyDelete
  18. Kos bergantung pada trip sendiri.hehe..
    tapi kalau kira x mahal mana. Sebab hotel pun banyak murah dan byk pilihan. Kalau yg g dengan famliy mmg byk sikit la duit habis sebab banyak mulut perlu disuap.

    ReplyDelete
  19. Salam KakDa, nak tanya, kalau owner kereta dh meninggal, macamana ya? Tau dak any important documents yg diperlukan?

    ReplyDelete
  20. Wslm Anis.
    Kakda tak sure cara yang betul. Tapi rasanya tak salah kalau kita buat Surat Sumpah yang mengatakan penama kereta sudah meninggal dan kereta sudah diwariskan kepada penama baru.
    Dan jangan lupa bawa sijil kematian sebagai dokumen sokongan.
    Harap membantu.

    ReplyDelete
  21. Akka nk xnya jika kereta itu atas nama kak...MCM mn yer?perluker i nk bawa surat dari kakak?

    ReplyDelete
  22. Surat kebenaran dari suruhanjaya sumpah yg menyatakan kakak setuju bagi pinjam kereta dia.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..Kakda
    kalau kereta masih ada loan ngan bank macam mana perlu buat?

    ReplyDelete
  24. WWslm Rizal.
    Takpa tak habis loan pun lagi. P bank minta geran ori. Keta kami pun still ada loan lagi haritu. Tak habis bayar lagi.
    Anyaway selamat bercuti. ^_^

    ReplyDelete
  25. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  26. assalam..kak nak tanya..if bawa masuk kenderaan company selain resolution kena buat surat jugak ka?

    ReplyDelete
  27. Wslm Rozita.
    Iya, kena buat Surat Sumpah yang ditandatangani oleh pemegang saham. Surat tu menyatakan bersetuju memberi keizinan kepada penama sekian-sekian untuk bawak kenderaan tu.

    ReplyDelete
  28. Assalam kakda, plan nk ke hatyai. Dgn kenderaan sendiri ni. .first time. Tp nk tya kakda, kalau kitorg ber enam tapi naik kereta 5 seater, boleh lepas ke?

    ReplyDelete
  29. Wslm Noor. Tak pasti la lepas ke tak. Masa kami masuk tu, dia takdek cek pun dalam kereta. Sebab kita yang kena turun beratur cop passport kat kaunter imigresen. InshaaAllah ok je kot. Asal selesa.hehe

    ReplyDelete
  30. resolution ni surat sumpah kan? maaf bukan apa takut confius.. kalo buat surat biasa but directors tandatangan boleh dak.

    ReplyDelete
  31. Salam kakda, nak tanya kalau contoh nk buat insurans kereta tu, memang kena ada sekali pasport pemilik kenderaan ke? border pass je boleh ke? kurang jelas yg tu. huhu sebab selalu masuk golok centu je takde beli insurans, ni first time nak drive sendiri pegi sana. mohon pencerahan :))

    ReplyDelete
  32. Wslm Fatin. passport bawak kalau dia p sekali. Kalau di duk rumah,tak pyh la bawak.hehe Nak surat kebenaran dari pemilik je.
    Kalau masuk golok memang biasanya mudah je masuk. Dekat je kan.hehe

    ReplyDelete
  33. As Salam..Rasanya untuk masuk ke thailand x perlu kut geran asal..saya hanya bawa salinan geran pun dah memadai ketika masuk ikut pintu masuk padang besar ataupun bukit kayu hitam..

    ReplyDelete
  34. Wa Salam tuan. Terima kasih berkongsi info.
    Kami masuk ikut Rantau Panjang dan diminta untuk bawak geran asal.
    Tak pernah lagi masuk ikut Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.
    InshaAllah info tuan berguna untuk mereka yang nak masuk ikut sana.

    ReplyDelete
  35. Salam kakda. ada tak contoh surat sumpah untuk pakai kenderaan yang nama orang lain tuh?

    ReplyDelete
  36. Wsalam Izham. Sori. Tak simpan copy.

    ReplyDelete
  37. kat sna hotel walk in @ dh boking siap2.....klu dh boking thru booking.com ke

    ReplyDelete
  38. Better booking siap-siap. Selain hotel, boleh juga pilih homestay Airbnb kalau nak stay ramai-ramai. Lebih jimat.

    ReplyDelete
  39. Jom ke HATYAI 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment