Makanan Halal Versi Bajet Jika Bercuti DIY Di Jepun.
Tadi masa kakda duk skrol post di Facebook grup RTJ, ternampak lah satu posting ni pasal makanan.
Tajuknya adalah "Cadangan Pemakanan untuk travellers ke Jepun yang tak punyai banyak masa untuk memasak atau budget agak ketat."
Memandangkan Airbnb di Jepun dah semakin kurang sekarang ni, pasti sukar untuk mereka yang travel bajet nak makan. Kalau stay Airbnb, boleh main masak-masak, duit pun jimat banyak. Tapi kalau terpaksa stay di hotel atau hostel, mungkin agak payah nak masak.
So, memandangkan kakda pun still ada hati lagi nak p Jepun, kakda pun copy & paste la info pasal makan kat dalam blog kakda khasnya untuk rujukan diri sendiri dan amnya untuk sape-sape je yang google pasal makan semasa bercuti ke Jepun.
1) Nasi putih segera 180g - 300g - 100-200 yen sepek.
2) Ikan Mackerel Rebus dalam Olive oil jenama Hagoromo - 200yen sepek.
3) Raayu - Minyak Chili Garlic goreng - 300 yen sebotol (10 kali hidang)
4) Serbuk Yukari (campuran shiso garam dan plum kering) - 120 yen (15 kali hidang)
5) Ikan Hokke dalam pek - 300 yen
6) Telur Rebus Seven and Ai Holdings - 150 yen
Option lain boleh cari salad mentah dan seafood yg dah dimasak di supermarket.
Semua kandungan telah disemak InsyaAllah tiada halangan.
Perhatian!
Jangan guna cerek utk masak nasi.
Jangan guna seterika utk goreng telur.
Jangan guna heater untuk bakar roti.
Jangan..jangan sesekali amalkan vandalisme.
Sekian. Semoga bermanfaat. Doakan kakda sampai ke Jepun lagi dan lagi.hehe
Comments
Post a Comment